Tuesday, June 4, 2013

Kejujuran

TUHAN, Allah kamu membenci orang yang menipu” (Ulangan 25:16)
Neraca dan timbangan yang tidak tepat, dibenci oleh TUHAN” (Amsal 20:23)

Kejujuran dalam melakukan sesuatu perkara adalah sangat diambil berat oleh Allah kerana ia melibatkan siapa diri kita yang sebenarnya – keperibadian kita. Jika kita selalu berbohong, ianya akan menjadi lebih sukar untuk kita berhenti apabila kita berdepan dengan situasi yang lebih besar daripada sebelumnya. Ianya tidak penting jika orang lain tahu apa yang kita lakukan atau tidak – Allah tahu! Samada orang lain melihat atau tidak – Allah tahu – dan Dia akan memperlihatkan kita tentang keperibadian kita yang sebenar disaat tiada sesiapa yang melihat.

Yesus berfirman, “Sesiapa yang setia dalam perkara kecil, akan setia juga dalam perkara besar. Tetapi sesiapa yang tidak jujur dalam perkara kecil, tidak akan jujur dalam perkara besar” (Lukas 16:10). Kejujuran menyediaan kita untuk tanggungjawab. Apabila kita membangunkan rumah keperibadian kita dengan batu-bata kejujuran, kita telah menyediakan dasar yang kukuh untuk kita terus jujur dalam perkara yang akan datang dan dalam menjalankan tanggungjawab yang akan diberikan kepada kita kelak.

Apabila firman Allah dijadikan sebagai piawai untuk kita berlaku jujur and adil dalam kehidupan kita, kita akan lebih bersedia untuk melakukan kerja yang Allah telah khaskan bagi kita di dunia ini. Marmur 24:3-5 mengatakan, “Siapakah yang boleh naik ke atas gunung TUHAN? Siapakah yang boleh berdiri di tempat-Nya yang kudus? Orang yang bersih tangannya dan murni hatinya, yang tidak menyerahkan dirinya kepada penipuan, dan tidak bersumpah palsu. Dialah yang akan menerima berkat dari TUHAN dan keadilan dari Allah yang menyelamatkan dia” (TB).
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]