Sunday, November 11, 2012

Selepas Menonton Televisyen, saya pun Menulis...

 Kristus Yesus, harapan kita” (1 Timotius 1:1)

Hampir semua berita di surat khabar, setiap laporan di televisyen and setiap buletin di radio hari ini secara tidak langsung mengisytiharkan satu hakikat kebenaran yang mutlak: dunia kita sekarang berada dalam keadaan huru-hara... dan tiada seorang pun yang mempunyai penyelesaiannya. Ini ialah masalah utama kita manusia.

Seluruh dunia sedang menyeru siang dan malam untuk mendapatkan ‘pengharapan’ (hope), tetapi apa yang kedengaran ialah hanya bisikkan tipu muslihat belaka dan omong-omong kosong sahaja (‘omong-omong’, betul ka ayat tu?). Ahli-ahli falsafah, para-para pengajar, pakar-pakar ramalan dan media-media tempatan dan luar negara sering kali memberikan idea-idea penyelesaian mereka. Namun begitu, idea-idea terbaik yang ditawaran kelihatan sangat bodoh apabila diteliti dengan lebih dekat lagi. Buat masa sekarang, tidak ada petunjuk-petunjuk yang positif yang dapat memberikan jawapan untuk permasalahan ini... dunia kita masih lagi menyeru untuk mendapatkan ‘pengharapan’. Ya, malah lebih kuat lagi daripada sebelumnya.

Sebenarnya, kita masih lagi ada harapan. Kita masih lagi ada masa. Disebabkan kegagalan kita untuk menjawab permasalahan ini, kita ada peluang untuk bertaubat dan terus mencari pembaharuan yang baru dalam hidup kita. Sekiranya kita menyedari akan kegagalan kita untuk cuba hidup tanpa Tuhan dan berpaling daripada kebodohan dan ketidaktaatan kita kepada-Nya, kita mungkin beroleh belas-kasihan dan pengampunan daripada Tuhan Yesus.

Berita-berita disekeliling kita ialah ‘amaran’ dari Tuhan kepada dunia yang berdosa masakini. Berita-berita yang ditayangkan di kaca televisyen ialah seakan-akan ‘pembayang’ kepada pekerjaan Tuhan yang memanggil kita kepada –Nya. Berita-berita yang diudarakan di radio pula seperti sebuah ‘peringatan’ kepada kita bahawa Tuhan masih lagi terus menyeru supaya kita akan datang kepada-Nya untuk pengharapan yang sempurna melalui Yesus Kristus. Sehingga sekarang, Tuhan masih lagi memanjangkan kedatangan-Nya untuk kali kedua supaya kita masih lagi berpeluang untuk menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat kita dan mendapatkan kehidupan yang kekal dan abadi bersama-Nya.

Masa sudah semakin suntik, namun kita masih lagi ada harapan – Kamu masih lagi ada masa. Firman Tuhan berkata, “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya [Yesus Kristus] yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh kehidupan sejati dan kekal” (Yohanes 3:16). Inilah pengharapan yang paling agung sekali yang kita harus miliki. Kita tidak boleh menyelamatkan diri kita daripada belenggu dosa – bukan dengan pekerjaan kita, bukan dengan kebaikan kita – tetapi oleh pekerjaan Tuhan sendiri dan kebaikan-Nya yang besar kepada kita. Sebab itu Firman mengatakan Tuhan ‘memberikan’; ini kasih kurnia-Nya, tapi kamu mesti percaya.

Ini ialah pengharapan yang teragung dan yang terakhir kepada manusia. Inilah pengharapan yang dunia perlukan. Kawan, ini ialah satu-satunya pengharapan bagi kita dan seluruh umat manusia.

Sudahkah kamu memiliki pengharapan ini?
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]