“Berhenti, dan ketahuilah
bahawa Aku ialah Allah”
(Mazmur 46:10, terjermahan dari ESV)
(Mazmur 46:10, terjermahan dari ESV)

Pertama sekali, datang kepada Tuhan Allah untuk berdoa kepada-Nya dan bersabar menantikan jawapan-Nya (Mazmur 5:3-4). Tuhan akan lebih mendekatkan diri-Nya kepada kita (Ingat: Tuhan yang datang dulu kepada kita) apabila kita taat dan sentiasa bersedia untuk mendengar-Nya ketika Dia ingin berbicara kepada kita. Carilah masa untuk kamu ‘berhenti’ daripada melakukan apa-apa, tenang, dan mendengar suara-Nya. Seperti kita sukar untuk mendengar perbualan apabila kita berada ditengah-tengah kesibukkan dengan banyak bunyi lain yang mengganggu kita, begitu juga kesukarannya untuk mendengar suara Tuhan jika kita tidak mengasingkan diri kita daripada kesibukan aktiviti-aktiviti harian.
Tuhan Allah itu besar, jadi kita mungkin menyangka bahawa Dia akan berbicara kepada kita seperti suara guruh dengan cahaya kilat atau dengan gegaran gempa bumi atau dengan cahaya api (ya, Tuhan boleh berbuat begitu!). Namun begitu, selalunya, Tuhan sering berbicara dengan “suara yang lembut bagaikan bisikan” (1 Raja-raja 19:12). Berhenti, dengarlah suara Tuhan berbicara kepada kamu secara peribadi di dalam kesenyapan hati kamu. Perhatikan setiap perkara yang berlaku di dalam kehidupan kamu dimana Tuhan ingin berkomunikasi kepada kamu. Lebih kerap kamu mendengar suara Tuhan berbicara, lebih intim hubungan kamu dengan-Nya. Jadilah pendengar yang baik; inilah kehendak Tuhan bagi setiap umat-Nya.


Halleluyah Bapa!!
ReplyDelete^^) Me