Friday, December 13, 2013

Cabaran untuk Misi: Pergilah! Roh Kudus Menyertai Kamu


Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia
dan jadikanlah mereka pengikut-Ku” (Matius 28:19, BM)

Kerajaan Allah terdiri daripada pelbagai latarbelakang manusia di seluruh dunia. “Lautan manusia yang luar biasa banyaknya. Tidak seorang pun dapat mengira mereka! Mereka daripada setiap bangsa, suku, negara, dan bahasa” (Wahyu 7:9). Orang bukan Yahudi – seperti kita orang kristian di Malaysia dan diseluruh dunia – juga dipanggil oleh TUHAN ke dalam Kerajaan-Nya. Wow! Ia bermula sejak dari Kisah Rasul-Rasul 15:14: “Allah pada mulanya menunjukkan kasih-Nya kepada orang bukan Yahudi dengan memilih suatu kelompok di kalangan mereka untuk menjadi umat-Nya.

Oleh sebab itu, kenapa kita harus berdiam diri tentang Kerajaan Allah? Kenapa kita tidak memberitakan tentang Raja Yesus Kristus kepada orang lain yang belum mengenal Dia dan belum menerima Dia sebagai Tuhan and Juruselamat mereka? Bagi Rasul Paulus, ini ialah misi dia: “mengkhabarkan Berita Baik di negeri-negeri lain” (2 Korintus 10:16).

Yesus sendiri semasa di dunia juga mempunyai misi yang sama. “Apabila mereka menemui Yesus, mereka berkata, ‘Semua orang sedang mencari Guru.’ Tetapi Yesus menjawab, ‘Kita mesti meneruskan perjalanan ke pekan-pekan lain di sekitar kawasan ini. Aku mesti menyampaikan perkhabaran itu di sana juga, kerana untuk tujuan itulah Aku datang” (Markus 1:37-38, BM). Jika kamu beranggapan bahawa saya hanya memetik Alkitab di-sana-sini untuk mempertahankan idea saya sendiri tentang penginjilan-misi, baca juga Firman ini: Yesus berkata, “Berita Baik tentang Kerajaan Allah harus Aku khabarkan juga di kota-kota lain, kerana Allah mengutus Aku untuk melakukan tugas itu” (Lukas 4:43). Dan sebelum Yesus diangkat ke Syurga, Dia berkata, “[Kamu] akan menerima kuasa, apabila Roh Allah datang kepada kamu. Lalu kamu akan menjadi saksi-saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Judea, dan Samaria, serta sampai ke hujung bumi” (Kisah Rasul-Rasul 1:8).

Jelas sekali bahawa TUHAN mengingini (malah mengutus!) supaya kita yang sudah menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat pergi memberitakan Berita Baik keseluruh dunia. Bukan untuk meng-kristian-kan semua orang, tetapi untuk memberitakan kepada mereka tentang keperibadian TUHAN dan pekerjaan Kristus di kayu salib. Bukan untuk mengongkong mereka dengan peraturan-peraturan agama, tetapi untuk melepaskan mereka daripada belenggu dosa “serta mengisytiharkan masanya Tuhan menyelamatkan umat-Nya” (baca Lukas 4:18-19). Bukan untuk membunuh orang bukan Kristian dengan nama ‘Yesus’, tetapi untuk memberi kehidupan yang kekal dengan nama ‘Yesus’! [Mungkin ada dikalangan kita akan dianiaya dan dibunuh kerana nama Yesus. Berbahagialah!].

Hai orang-orang Kristian yang sejati, anak-anak yang dikasihi TUHAN, apa yang sedang kamu lakukan sekarang? Apa yang telah kamu lakukan? Kamu yang ingin menjadi seperti Yesus – adakah mata kamu melihat keperluan rohani orang lain seperti Dia? Adakah hati kamu hancur dan berbelas-kasihan terhadap orang yang belum menerima penyelamatan seperti Dia? Adakah pemikiran kamu dipenuhi dengan Amanat Agung yang diamanatkan-Nya kepada kita? Pernahkah kamu berdoa untuk bangsa-bangsa? Berpuasa untuk keselamatan orang lain? Bilakah kali terakhir kamu memberi atau terlintas di dalam fikiran kamu untuk menggunakan wang, masa dan tenaga kamu untuk memberitakan Kerajaan Allah? Selain membaca Alkitab (jika ada), adakah kamu juga membaca buku-buku tentang penginjilan, misi dan kesaksian ATAU kamu hanya membaca buku-buku tentang kebahagiaan, kekayaan, kesihatan dan berkat untuk diri sendiri sahaja? Semoga TUHAN berbelas-kasihan kepada kamu! Bangun dan “pergilah”! Semoga Roh Kudus meyertai kamu.

Ini misi Allah Bapa kepada Yesus Kritus:
Allah mengutus Anak-Nya ke dunia... untuk menyelamatkannya” (Yohanes 3:17)

Ini misi Yesus Kristus kepada kita:
Sama seperti Bapa mengutus Aku,
demikian juga sekarang Aku mengutus kamu” (Yohanes 20:21)

Dengan penyertaan dan kuasa Roh Kudus, ini misi kita:
Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia
dan jadikanlah mereka pengikut-Ku” (Matius 28:19)
PERGILAH! THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Thursday, December 12, 2013

Cabaran untuk Misi: Berdoalah kepada Bapa untuk Menghantar Penuai


Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, ‘Tuaian sungguh banyak, tetapi penuai hanya sedikit. Berdoalah kepada pemilik tuaian itu supaya menghantar pekerja untuk mengumpulkan tuaian” (Matius 9:37-38, BM).

Secara manusiawi, pelayanan misi merupakan suatu panggilan TUHAN yang mustahil untuk dilakukan. Ada lebih ramai lagi orang yang belum mengenal Tuhan Yesus secara peribadi sekarang berbanding dengan 50 tahun dahulu (tahun Jubli bagi Malaysia) walaupun banyak usaha telah dilakukan. Apakah penyelesaian bagi masalah ini? “Duit!” jawab seseorang. “Marilah kita mengumpul duit sebanyak yang boleh bagi tujuan penginjilan di seluruh Malaysia dan dunia.” “Pekerja!” jawab seorang lagi. “Jika kita ada pekerja yang cukup, kita boleh menggenapi Amanat Agung untuk generasi sekarang.” Tidak, saudara-saudariku di dalam Kristus, ini bukan caranya TUHAN bekerja. Walau betapa pentingnya duit atau pekerja itu, ia tidak mampu untuk melakukan panggilan-Nya.

Baca Firman ini sekali lagi: “Tuaian sungguh banyak, tetapi penuai hanya sedikit”. Inilah masalah sebenar yang kita perlu tahu – pekerjaan yang sangat besar tetapi bilangan pekerja yang tidak mencukupi. Sungguh sedih, kan? Jangan bimbang, kita masih ada harapan. Firman Tuhan Yesus tidak terhenti di situ. Puji TUHAN, Dia ada penyelesaian bagi masalah ini. Dia berfirman lagi: “Berdoalah kepada pemilik tuaian itu supaya menghantar pekerja untuk mengumpulkan tuaian”. Berdoalah!

Kita sebenarnya sudah ada ramai penuai atau pekerja (ini termasuk saya dan kamu juga), tetapi ‘pekerja’ yang ada sekarang kebanyakkannya pemalas, tidak taat kepada perintah Amanat Agung dan kemungkinan besar juga tidak mengenal Tuhan Yesus secara peribadi. Mereka tidak tahu apakah misi mereka sebenarnya dan isi hati TUHAN terhadap orang yang belum mengenal-Nya. Mereka belajar banyak tentang teologi Kristian & doktrin Alkitab dan penuh dengan idea untuk melakukan aktiviti-aktiviti sosial atau kebajikan tetapi langsung tidak peduli akan keperluan rohani orang yang belum mengenal Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat mereka. Sebab itulah, walaupun kelihatan seperti ramai pekerja, sebenarnya “penuai hanya sedikit”.

Oleh itu, “Berdoalah kepada [TUHAN] supaya menghantar pekerja untuk mengumpulkan tuaian”! Kita perlu berdoa supaya pekerja sebenar, yang komited, yang benar-benar mengasihi Tuhan Yesus, yang dipenuhi oleh Roh Kudus, yang terbeban dengan isi hati Bapa yang disyurga – akan bangkit dan bekerja diladang TUHAN. Merekalah (saya berharap kamu termasuk di dalam golongan ini) yang akan diberkati dan memberkati beribu-ribu, berjuta-juta orang lain! Kita ada jalan penyelesaiannya: berdoa. Berdoalah kepada TUHAN, Dia pasti akan menghantar pekerja yang sebenar. Ini ialah rahsia pelayanan misi yang mesti kita lakukan – “BERDOALAH!”.

Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia
dan jadikanlah mereka pengikut-Ku
(Yesus Kristus, Matius 28:19, BM)
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, December 11, 2013

Cabaran untuk Misi: Melihat Dunia dengan Mata Yesus



 
Kamu berkata, ‘Masih empat bulan lagi sebelum musim menuai.
Tetapi Aku berkata kepada kamu,
pandanglah ladang yang sudah menguning, siap untuk dituai!
(Yesus Kristus, Yohanes 4:35, BM)

Ramai orang Kristian tidak menpunyai visi atau pengetahuan atau beban terhadap orang yang belum mengenal Tuhan Yesus. Oleh itu, saya melihat banyak pembaziran yang dilakukan untuk membina gereja yang besar dan cantik dan untuk membeli peralatan-peralatan teknologi yang canggih (dalam skala yang berlebihan) sementara pada masa yang sama ramai lagi orang di luar sana tidak pernah atau berpeluang langsung untuk mendengar Berita Baik tentang Yesus Kristus. Jika kita benar-benar melihat dunia seperti mana mata Yesus melihat, kita tidak mungkin akan membazirkan wang atau harta benda kita untuk batu-bata, konsert-konsert, persembahan hiburan semata-mata – tetapi untuk menjangkau jiwa-jiwa yang hilang bagi Yesus.

Marilah kita melihat! Melihat ke arah yang jarang kita lihat melalui mata Yesus. Memandang ke arah “ladang yang sudah menguning” di Sarawak, Sabah, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, China, India, Indonesia, Thailand, Timor Leste dan sebagainya. Marilah kita mendengar Firman Yesus dan merasa beban-Nya terhadap orang yang belum mengenal-Nya: “Aku berkata kepada kamu, pandanglah ladang yang sudah menguning, siap untuk dituai!

Pernahkah kamu memandang ladang yang sudah “siap untuk dituai” di rumah-rumah panjang di pendalaman negeri Sabah dan Sarawak atau penduduk-penduduk orang asli di semenanjung Malaysia atau rakan-rakan di kolej dan universiti dan tempat kerja atau di komuniti tempat kamu tinggal? Jadi kamu tahu apa maksud Firman Yesus itu. Betapa beratnya beban Yesus kepada mereka dan betapa segeranya keperluan rohani yang mereka perlukan sekarang! Ramai orang yang belum mengenal TUHAN yang hidup telah dirantai oleh peraturan-peraturan dan undang-undang agama, tradisi manusia yang membebankan, kepercayaan nenek moyang dan tipu muslihat Iblis – memerlukan Penyelamat iaitu Yesus Kristus dengan segera sekarang. Kenapa? Sebab ladang yang sudah menguning harus dituai cepat sebelum ia tidak tumbuh lagi dan mati untuk selama-lamanya.

Begitu juga dengan ladang di dalam jiwa setiap manusia. Generasi sekarang hanya boleh menjangkau generasi sekarang. Oleh itu, kita harus menjangkau jiwa untuk generasi ini dengan segera. Jika pekerja-pekerja Tuhan tidak bekerja dengan cepat dan segera, jika kita tidak menggunakan peluang sementara masa masih ada, “ladang yang sudah menguning” sekarang – generasi sekarang – akan hilang selama-lamanya.  
Sekarang mungkin ialah peluang terakhir untuk kita menunjukkan kepada Tuhan Yesus betapa kita mengasihi Dia. Ada diantara kita yang sedang membaca blog ini mungkin tidak akan mempunyai peluang yang lama. “Malam akan tiba dan tidak seorang pun dapat melakukan apa-apa” (Yohanes 9:4b). Bagi kebanyakkan kita pula “hari masih terang” (9:4a).

Ada sesetengah orang daripada kita masih lagi hidup untuk diri sendiri sahaja. Dan sekarang tahun untuk dia hidup sudah semakin singkat. Sehingga sekarang dia masih lagi belum menunjukkan kasihnya kepada Yesus dengan melakukan sesuatu yang benar-benar bernilai bagi-Nya. Hey orang Kristian, marilah kita bangkit dan pergi menuai jiwa-jiwa untuk Yesus! Peluang terakhir untuk kita berbuat begitu akan hilang tidak lama lagi. Dengan nama Allah Bapa, Yesus Kristus dan Roh Kudus bukakanlah matamu dan “pandanglah ladang yang sudah menguning, siap untuk dituai!

Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia
dan jadikanlah mereka pengikut-Ku
(Yesus Kristus, Matius 28:19, BM)
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No! To Baram Dam (An Enlightened for Ignorance Minds)

I against the Baram dam (and 11 more) because I’m convinced that God Whom I worship and know would against it too. Now, this is my stand on it, you don’t have to agree about it. My conscious and conviction is clear that the dam will brings more disastrous than development; more destruction than prosperity for the people (but yes, of course, the irresponsible government officials will become richer); more diversities than unity. I against the Baram dam for these reasons!
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
P.s: You are encourage to copy the picture or share this link on your Facebook or Twitter or Blog or whatever medias that are available (as you desire) for the purpose of creating awareness and to voice out your disagreement. For courageous people ONLY.

 
Best Blogger Tips

Tuesday, December 10, 2013

A New Sacrifice and Our Responds to God’s Grace and Mercy






As time went by, the system of sacrifice was abused, and the prophets began to cry out for new sacrifice. Isaiah expresses it most clearly:
’What makes you think I want all your sacrifices?’ says the LORD. ‘I am sick of your burnt offerings of rams and the fat of fattened cattle. I get no pleasure from the blood of bulls and lambs and goats… Stop bringing me your meaningless gifts; the incense of your offerings disgusts me!... Wash yourselves and be clean! Get your sins out of my sight. Give up your evil ways. Learn to do good. Seek justice. Help the oppressed. Defend the cause of orphans. Fight for the rights of widows” (Isaiah 1:11-17, NLT).

This new understanding of sacrifice as both a ceremony for forgiveness and also an ongoing way of life reaches its climax in Isaiah’s four songs (Isaiah 42, 49, 50 and 52-53) about God’s servant. These songs present a Person whose life is characterized by love, justice humility, suffering and sacrifice.

The fourth song, Isaiah 52-53, describes the appalling suffering of the Servant who, though innocent, is treated as a sinner punished by God and condemned to die a shameful death. It shows that all this is the Servant’s voluntary offering for sinners, whose sin and guilt He takes onto Himself. “He was pierced for our rebellion, crushed for our sins. He was beaten so we could be whole. He was whipped so we could be healed” (53:5); “He bore the sins of many and interceded for rebels” (53:12).

The song shows that, by a previously unimaginable act of power, God accepts the sacrifice of the Servant and brings about the salvation for many people. This song points to Jesus, the Suffering Servant. In fact all of the Old Testament sacrifices point in some way to Him.

Now, today, it’s time for us to turn our attention to Jesus Christ, because it is by the shedding of His blood that we are forgiven. And it is in the example of His life that we see the power of true forgiveness in action. No more the old system of sacrifice needed for the forgiveness of sins – not that it wasn’t important back then, but it’s no more valid – for Jesus have died on the cross and rose again as the living sacrifice to redeem us sinners back to Himself. In responds to God’s grace and mercy, we ought to: “Give up your evil ways (Repent from our sins). Learn to do good (Be Christ disciples). Seek justice. Help the oppressed. Defend the cause of orphans. Fight for the rights of widows (Walk the faith).

No more animals or ceremonials sacrifice require for the forgiveness of sin. Jesus Christ “our High Priest offered himself to God as a single sacrifice for sins, good for all time” (Hebrew 10:12, NLT). This is His actions of grace and mercy. What are your actions of thanksgiving and faith? How to you celebrate this new ceremony for forgiveness and for an ongoing way of life in Christ? Do you repent from your sins? Do you follow Christ’s commands and His examples? Do you love people, seek justice, help the oppressed, defend the cause of the defendless, fight for the rights of the voiceless? Do you walk the faith? Ask yourself.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]