Showing posts with label Amal Ibadat. Show all posts
Showing posts with label Amal Ibadat. Show all posts

Saturday, January 23, 2021

Markus 7:1-9 Bagaimana Adat Istiadat Boleh Menghalang Perintah Allah? (#InjilMarkus S.1 E.51)

 

Yesus Kristus tidak takut menyinggung perasaan orang Farisi dan ahli-ahli Taurat dengan berkata: "Kamu mengetepikan perintah Allah untuk menurut adat istiadatmu [tradisimu] sendiri!" (Markus 7:9). Berapa banyak adat istiadat agama masakini yang kelihatan baik secara luarannya tetapi sebenarnya membebankan dan menghalang ramai orang untuk menurut Perintah Allah? Apa adat istiadat yang lebih ditinggikan kamu berbanding dengan Firman TUHAN? Berani untuk menilai sendiri? ✔👈🤷🏼👉✖ #ServeToLead #TradisiManusiaPerintahAllah

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, August 12, 2020

Markus 3:1-6 Apakah Tujuan Ibadat/Agama Sebenarnya? (#InjilMarkus S.1 E.21)



Dimana Markus 3:1-6 terjadi? Di saumaah atau rumah ibadat. Yesus menyembuhkan orang pada hari Sabat tetapi respon orang Farisi sangat negatif. Mereka langsung tidak bersukacita malah ingin "membunuh Yesus" (ayat 6). Kedua-dua pihak pergi ke saumaah tetapi tujuan mereka sangat berbeza 😊⚡📖 #ServeToLead #InjilMarkus

Kamu mahu orang lain juga belajar Alkitab? SHARE video ini 🤳 Untuk menonton video lain di YouTube, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/          
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/        
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/        
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv        

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, April 15, 2020

Tiga (3) Prinsip Bersedekah berdasarkan Matius 6:2-4


Alkitab mengatakan bahawa: "Sesiapa menindas orang miskin, mencela Penciptanya, tetapi sesiapa yang mengasihani orang yang melarat, memuliakan Dia" (Amsal 14:31, AVB). "Orang yang melarat" juga boleh diterjemah sebagai orang miskin. Bagaimana kita boleh menunjukkan kasih kepada orang miskin? Perkara pertama yang kita fikirkan ialah dengan memberi wang ringgit. Tetapi memberi dalam definasi Alkitab adalah lebih daripada itu.


Apabila kamu melihat atau terserempak dengan orang miskin atau orang yang memerlukan hari ini, apakah tindakkan yang akan kamu buat yang boleh menunjukkan bahawa kamu mengasihi TUHAN dan orang lain? Jangan bertangguh - buat!  #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod "Bila Bersedekah, Jangan Ambil Selfie" KLIK LINK di bawah:

PODCAST > bit.ly/LegasiMatius40 
SPOTIFY > bit.ly/LegasiSpotify 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Apabila Bersedekah, Jangan Ambil Selfie (Matius 6:2-4)


"Ketika kamu bersedekah kepada orang miskin," firman Yesus Kristus kepada orang ramai, "jangan heboh-hebohkan seperti orang munafik menuip sangkakala di saumaah dan di jalan raya, supaya dipuji orang." Atau dengan menggunakan contoh pada masa kini, jangan ambil selfie apabila bersedekah, upload di social media dan tag influencers yang lain. "Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu," sambung Yesus, "orang begitu sudah pun mendapat ganjaran mereka" (Matius 6:2). Like, love, share itu sahaja ganjaran yang kita akan dapat  Menurut Firman Allah dalam Matius 6:3-4, bagaimana seharusnya sikap kita apabila bersedekah atau memberi? 
#ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK LINK di bawah:

PODCAST > bit.ly/LegasiMatius40 
SPOTIFY > bit.ly/LegasiSpotify 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, February 28, 2020

Motif Apabila Melakukan Amal Ibadat (berdasarkan Matius 6:1)



Apakah contoh-contoh orang yang melakukan "amal ibadat di muka umum supaya dilihat orang" (Matius 6:1)? Berdasarkan Matius 6, Yesus berkata bahawa ada orang suka mengheboh-hebohkan amalan bersedekah mereka, berdoa sambil berdiri di rumah ibadat atau/dan di simpang jalan, dan berpuasa dengan muka lesu dan menunjukkan wajah menderita. Hal-hal ini pada zaman Yesus juga terjadi pada masa sekarang. Memuat turun gambar di Instagram apabila bersedekah, buat Facebook Live bila berdoa sambil menangis, berkongsi kepada orang bahawa dia sedang berpuasa di WhatsApp status, dan sebagainya.

Persoalan dalam Matius 6:1 ialah ini: Adakah amal ibadat yang kamu buat ialah supaya dilihat orang? Atau Bapamu yang disyurga? Periksa MOTIF kamu ☑💪😉 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK LINK di bawah:

PODCAST > https://bit.ly/LegasiMatius39  👈👈👈
SPOTIFY > https://bit.ly/LegasiSpotify  👈👈👈


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]