Bagaimana untuk
Mengenalpasti Ajaran Cult
oleh Richard Angelus
Ini ialah nota dalam pengajaran saya tentang Bagaimana untuk Mengenalpasti Ajaran Cult
di kampus-kampus dan universiti-universiti di Kuching, Sarawak. Untuk memuat
turun nota in dalam format PDF, KLIK DISINI
Terjemahan
untuk ‘cult’ ialah ‘kultus’ tetapi saya akan menggunakan ayat ‘cult’ untuk nota
ini. Semua petikan Alkitab diambil daripada Alkitab
Versi Borneo (AVB), 2016 © Borneo Sabda Limited
A. Pengenalan
1)      Jangan
hairan: dulu ada cult, sekarang ada cult. “Yang sudah ada akan diadakan lagi, dan yang sudah
dibuat akan dibuat lagi. Tiada apa-apa pun yang baru di bawah matahari”
(Pengkhutbah 1:9) 
2)      Orang
Kristian sudah diberi amaran tetang ajaran-ajaran and guru-guru sesat/salah. “Aku tahu bahawa sepeninggalanku
nanti, beberapa serigala garang akan masuk menyerang jemaah ini; malah dari
antara kamu sendiri akan bangkit beberapa orang yang memesongkan ajaran yang
benar dan berusaha menarik para murid untuk mengikuti mereka” (Kisah Para Rasul
20:29-30; 2 Korintus 11:15; Galatia 1:7; 2 Petrus 2:1) 
3)      Orang
Kristian sepatutnya mempertahankan iman (apologetic). “[Terus] berjuang untuk iman yang
telah dikurniakan Allah kepada orang salih-Nya cuma sekali untuk
selama-lamanya” (Yudas 3) 
4)      Orang
Kristian sepatutnya berkongsi tentang iman (evangelistic). "Segala kekuasaan telah
diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi. BOleh itu pergilah,
jadikan semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh
Kudus. Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan
kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman" (Matius 28:18-20)
5)      Gereja
harus memelihara kebenaran Allah. Gereja ialah “jemaah Allah yang hidup, tiang dan asas kebenaran” (1
Timotius 3:15) 
6)      Iblis
pula tidak menyukai kebenaran Allah. “[Iblis] pembunuh. Dia tidak menyokong kebenaran,
kerana dalam dirinya tidak ada kebenaran… dia pendusta dan bapa segala dusta”
(Yohanes 8:44) 
B. Maksud
Cult 
Menurut Got
Questions BM laman web, definasi Kristian yang khusus bagi sebuah ‘kultus’
adalah “sebuah kumpulan agama yang telah menyangkal satu atau lebih kebenaran
Alkitab yang asas” tetapi masih mengaku sebagai sebagai orang Kristian. 
Perbezaan diantara cult dan agama lain ialah: 
Cult  
 | 
  
Agama Lain (contoh Islam, ajaran Buddha, Hindu
  dan sebagainya)  
 | 
 
Tidak menyangkal ‘Yesus’ secara terang-terang 
 | 
  
Memang tidak melihat Yesus sebagai seorang ilahi atau
  setara dengan TUHAN 
 | 
 
Percaya bahawa Yesus ialah seorang yang luar biasa 
 | 
  
Percaya bahawa Yesus ialah salah seorang nabi
  atau guru baik atau manusia yang 
beriman 
 | 
 
Menggunakan istilah ‘Kristian’ tetapi berbeza definasi
  atau menyimpang maksudnya 
 | 
  
Kebanyakannya menyangkal atau berbeza dengan
  doktrin-doktrin Kristian 
 | 
 
Menggunakan Alkitab dan mempunyai kitab-kitab tambahan
  sendiri 
 | 
  
Mempunyai Kitab-Kitab agama sendiri 
 | 
 
Selalunya berpusat kepada seorang 
pemimpin/guru/nabi/rasul utama yang mempunyai kuasa
  mutlak 
 | 
  
Selalunya mempunyai lebih daripada seorang
  pemimpin/guru, ada sedikit ciri-ciri cult tetapi secara amnya ia umum dan
  para pengikut bebas melakukan hal-hal agama 
 | 
 
Agak susah untuk dikenalpasti 
(contoh: iPhone original vs iPhone tiruan)  | 
  
Agak senang untuk dikenalpasti  
(contoh: iPhone vs Xiaomi)  | 
 
Perbezaan yang paling ketara ialah cult mengaku bahawa
  mereka ‘Kristian’ padahal bukan, tetapi agama lain tidak mengaku mereka
  sebagai pengikut Kristus!*  
 | 
 |
*Walaubagaimanapun, suatu masa dulu di Malaysia ada
sekumpulan muslim menggunakan t-shirt “I
am a Muslim and I Follow Jesus. Ask Me Why?” dan mengedarkan buku Jesus: Man, Messenger, Messiah dengan
bertujuan untuk memancing pengikut Kristus 
Jadi, bagi saya cult bermaksud sebuah pergerakan agama
yang ada menyebut/berpusat kepada Kristus dan Alkitab tetapi memutar-belitkan
maksud dan doktrin/teologi Kristian Ortodoks – Kristian Perjanjian Baru – dengan: 
a)  Penambahan wahyu-wahyu 
b)  Menukar kenyataan iman (Creed) yang
utama kepada yang baru 
Cult selalunya akan menyangkal keilahian Yesus Kristus (“Yesus bukan Tuhan”) dan doktrin
Triniti  
C. Bagaimana Untuk Mengenalpasti Ajaran Cult 
Salah satu cara ialah dengan menggunakan akronim, B.I.T.E.
iaitu: 
> Behaviour Control 
> Information Control 
> Thought Control 
> Emotion Control 
Kaedah B.I.T.E. sesuai digunakan untuk menilai cult dari
segi psikologi dan luaran tetapi ia kurang dari segi pandangan doktrin/teologi
Kristian 
 Ada satu kaedah yang paling berkesan untuk
mengenalpasti cult menurut doktrin/teologi Kristian Ortodoks iaitu Kaedah Matematik: 
Simbol  
 | 
  
Penjelasan Ringkas  
 | 
 
#1 Tambah (+)  
 | 
  
Menokok Tambah Alkitab iaitu Firman
  Allah  
 | 
 
#2 Tolak (-)   
 | 
  
Menolak Doktrin Triniti terutamanya
  Kemanusiaan dan Keilahian Yesus Kristus  
 | 
 
#3 Darab (x)  
 | 
  
Menggandakan Pekerjaan untuk
  Kesalamatan  
 | 
 
#4 Bahagi (/)  
 | 
  
Membahagikan Kesetiaan Para Pengikut
  dari TUHAN yang benar dan Gereja-Nya  
 | 
 
Untuk tujuan kita mengenalpasti cult dengan menggunakan Kaedah Matematik, saya hanya akan
menggunakan tiga (3) contoh cult yang popular di Sarawak: 
1)  Cult Jehovah’s Witnesses  
2)  Cult Mormon (atau Latter-day Saints) 
3)  Cult World Mission Society Church of
God (WMSCG) @ Allah Ibu 
#1
Tambah (+): Menokok Tambah Alkitab  
a)      Selepas kedatangan Yesus Kristus dalam
Perjanjian Baru, kita tidak memerlukan wahyu-wahyu atau nabi-nabi baru untuk
menyatakan kebenaran Allah. Ibrani 11-2 mengatakan: “Allah telah berfirman pada
pelbagai zaman dan dengan aneka cara kepada nenek moyang kita melalui
nabi-nabi. Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman kepada kita
melalui Anak-Nya, yang telah dijadikan-Nya pewaris kepada segala-galanya;
melalui Anak-Nya itu Allah telah mencipta alam semesta.”  
b)      Kitab Wahyu – dan juga seluruh Alkitab
(66 buku-buku) – tidak boleh ditambah atau ditolak sebarangan. Wahyu 22:18-19,
“Aku bersaksi kepada setiap orang yang mendengar nubuat di dalam kitab ini,
bahawa jika sesiapa menambahkan apa-apa kepadanya, Allah akan menambahkan
bahaginya segala wabak yang tersurat dalam kitab ini. Dan jika sesiapa
menggugurkan sepatah kata pun daripada nubuat ini, Allah akan menggugurkan
bahagiannya daripada pokok hayat dan kota suci seperti yang tersurat dalam
kitab ini.” 
c)      Apa cult lakukan kepada Alkitab? 
> Deny (menyangkal) keaslian dan authoriti
Alkitab 
> Change (mengubah) terjermahan Alkitab,
mengubah tema/perkataan 
> Interpretation (tafsiran) tafsiran berlainan,
tafsiran yang menyimpang 
d)      Perbezaan 
Kristian Ortodoks  
 | 
  
Jehovah’s Witnesses  
(Watchtower Bible & Tract Society)
   
 | 
  
Mormon (Latter-day Saints, LDS)  
 | 
  
Cult World Mission  
Society Church of God (WMSCG)  
 | 
 |
Pengasas  
 | 
  
Yesus Kristus (SM3033). Pengikut Kristus dipanggil sebagai 
Kristian 
 | 
  
Charles Taze Russell (18521916) kemudian Joseph F. 
Rutherford (1869-1942). 
Bermula pada tahun 1879 di 
Pennsylvania. Berpusat di 
Brooklyn, New York 
 | 
  
Joseph Smith, Jr. (1805- 
1844) menubuhkan 
Gereja Yesus Kristus dari 
Orang-Orang Suci Zaman 
Akhir pada 1830 di New 
York. Berpusat di Salt 
Lake City, Utah 
 | 
  
Ditubuhkan pada tahun 1964 (menurut satu sumber) oleh Kim Joocheol,
  senior pastor dan Jang Gil-ja (menggelar diri sebagai ‘Allah Ibu’) dari 
Korea Selatan 
 | 
 
Penulisan/ Alkitab Asas  
 | 
  
Alkitab – 66 buku – ditulis dalam bahasa Ibrani dan Aramaik
  (Perjanjian Lama) dan Yunani (Perjanjian Baru) 
 | 
  
Semua publikasi 
Watchtower termasuk 
Alkitab mereka sendiri (New 
World Translation), 
Reasoning from the 
Scriptures, You Can Live 
Forever In Paradise on Earth. Majalah
  Watchtower dan Awake! 
 | 
  
The Book of Mormon; 
Doctrine and Covenants; 
Pearl of Great Price; 
Alkitab (versi KJV sahaja atau Terjemahan Smith); ajaran-ajaran oleh
  para nabi LDS 
 | 
  
Buku-buku karangan Ahn Sahng-hong yang dikatakan mereka sebagai
  ‘Kristus’ yang telah datang ke bumi contohnya, The Mystery of God and the 
Spring of the Water of Life; The Last
  Plagues and the Seal of God;
  dan sebagainya dan juga 
Alkitab 
 | 
 
Rujukan  
 | 
  
Perjanjian Baru 
 | 
  
Laman web rasmi 
 | 
  
Laman web rasmi 
 | 
  
Laman web rasmi 
 | 
 
#2
Tolak (-): Menolak Doktrin Triniti 
a)      Istilah “triniti” tidak ada di dalam
Alkitab tetapi konsep triniti sangat nyata! 
b)      Konsep Triniti atau Tritunggal
menyatakan bahawa hanya ada satu TUHAN tetapi ada tiga peribadi iaitu: Allah
Bapa, Allah Anak dan Roh Kudus 
c)      Allah Tritunggal TIDAK bermaksud: 
> 1 TUHAN dalam 3 Tuhan-tuhan 
> 3 Peribadi dalam 1 Peribadi 
> 3 Peribadi dalam 3 Tuhan-tuhan 
> 1 Peribadi dalam 3 Tuhan-tuhan 
TETAPI 
> 1 TUHAN dalam 3 Peribadi 
> BUKAN 1 + 1 + 1 = 3, TETAPI 1 x 1 x 1= 1 
d)      Bukti dalam Alkitab tentang TUHAN dalam
Tiga Peribadi
(Saya
hanya menggunakan beberapa petikan Firman yang utama)
Allah Bapa ialah TUHAN  
 | 
  
Allah Anak ialah TUHAN  
 | 
  
Roh Kudus ialah TUHAN  
 | 
 
Perjanjian Lama
  “Bapa”  
1 Korintus 1:3, 8:6 Ephesus 4:4-6  
 | 
  
Perjanjian Lama
  “Aku Ialah Aku”  
(Keluaran 3:14)  
“Aku” Yohanes 8:58 Yohanes 1:1-5, 14  
Yohanes 10:30-3  
Yohanes 20:28  
Filipi 2:9-11  
Ibrani 1:6-8  
Wahyu 1:8 > Wahyu 22:13  
 | 
  
Perjanjian Lama
  “Roh Allah”  
2 Korintus 3:17  
Kisah Para Rasul 5:3-4  
Kisah Para Rasul 13:2  
 | 
 
Petikan Firman yang
  Memberikan Kebarangkalian yang Jelas bahawa TUHAN mempunyai lebih dari satu peribadi: > Istilah “Elohim”
  seperti dalam Kejadian 1:1 (ayat majmuk, tetapi kata kerja untuk seorang)  
> Perkataan
  “Kita” dalam Kejadian 1:26  
>
  Pengutus-Diutus dalam Yesaya 48:16  
> Allah berkata
  kepada Anak-Nya, “Takhta-Mu, ya Allah, kekal selama-lamanya” dalam Ibrani 1:8
   
 | 
 ||
Petikan Firman yang
  Menyatakan Ketiga-tiga Peribadi
  Bersama  
(Lebih dari 60
  petikan, ini yang utama)  
 | 
 ||
Semasa Inkarnasi
  Yesus: Lukas 1:35-37  
Semasa Pembaptisan
  Yesus: Lukas 3:21-22  
Semasa Yesus menyampaikan
  Amanat Agung: Matius 28:18-20  
Semasa Kebangkitan Yesus: 
> Bapa yang
  membangkitkan-Nya – Kisah Para Rasul 2:32-33, Roma 6:4  
> Yesus yang
  membangkitkan diri-Nya – Yohanes 2:18-19, Yohanes 10:18  
> Roh Kudus yang
  membangkitkan-Nya – Roma 8:11, 1 Petrus 3:18  
> TUHAN yang
  membangkitkan Yesus – Kisah Para Rasul 2:24; 10:40; 13:30  
 | 
 ||
e)      Oleh kerana cult menyangkal keilahian
Yesus, mari kita melihat apa kata Yesus sendiri dan Alkitab tentang diri-Nya
sendiri: 
1)  Mempunyai autoriti untuk mengampuni
dosa (Markus 2:5-12, Lukas 5:21) 
2)  Menerima hormat dan penyembahan yang
hanya diberikan kepada Allah (Matius 14:33)
3)  Mengatakan bahawa Dia setara dengan
TUHAN iaitu Anak Allah (Yohanes 5:17-18) …dan banyak lagi 
f)       Perbezaan 
Kristian  
Ortodoks  
 | 
  
Jehovah’s Witnesses  
(Watchtower Bible & Tract Society)  
 | 
  
Mormon (Latter-day Saints, LDS)  
 | 
  
Cult World Mission Society Church of
  God (WMSCG)  
 | 
 |
Siapa Yesus?  
 | 
  
Jesus ialah  
TUHAN, salah seorang peribadi dalam Allah
  Tritunggal  
 | 
  
Yesus bukan TUHAN. Dia
  ialah penghulu malaikat, Michael. TUHAN mencipta segala sesuatu melalui dia.
  Dia hidup di bumi dengan sempurna. Tidak mati di kayu salib, tetapi tiang.
  Dia bangkit sebagai roh dan tubuhnya sudah hancur/tiada. Yesus sudah kembali
  pada tahun 1914 sebagai roh  
 | 
  
Jesus tidak sama dengan Allah Bapa
  (Elohim). Dia diciptakan dan merupakan ‘anak sulung’ bagi semua manusia dan
  roh. Yesus ‘dilahirkan’ melalui hubungan seks diantara Elohim dan Maria.
  Yesus pernah berkahwin.  
 | 
  
TUHAN itu satu (theisme, bukan Triniti). Dalam Perjanjian Lama, Tuhan
  dipanggil Yahweh  
@ Jehovah. Dalam Perjanjian  
Baru, dia datang sebagai Yesus; Sekarang,
  pada akhir zaman, dia datang sebagai Kristus Ahn Sahng-hong. Yang merumitkan,
  mereka juga percaya Allah Bapa ialah Ahn dan Allah Ibu ialah Zahng
  Gil-jah.   
 | 
 
Ringkasan 
 | 
  
Allah Tritunggal 
 | 
  
Menyangkal Tritunggal 
 | 
  
Menyangkal
  Tritunggal 
 | 
  
Triniti Modalisme* 
 | 
 
#3
Darab (x): Menggandakan Pekerjaan untuk Kesalamatan 
a)      Hati
manusia itu licik.
Jeremia 17:9, “Hati itu licik melebihi segala sesuatu, bahkan sangat parah –
siapa dapat mengetahuinya?” 
b)      Semua
manusia berdoa. Roma
3:23, “[Semua] manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan
Allah.”  
c)      Manusia
tidak boleh mendapat keselamatan melalui pekerjaan atau dengan melakukan Hukum Taurat.
Yakobus 2:10, “Melanggar satu perintah Taurat bererti melanggar seluruh
hukum…”  
d)      Cult
menolak dan tidak percaya kepada doktrin kerusakan (depravity) manusia, Oleh itu, mereka suka menggandakan
pekerjaan manusia bersama dengan kasih kurnia Allah 
e)      HANYA ada Dua (2) Cara untuk
Diselamatkan: 
1) 
“[Dengan]
kasih kurnia-Nya melalui iman” (Efesus 2:8) 
2) 
Dengan
mentaai Hukum Taurat sepenuhnya, dengan sempurna dan segenap hati. Ini
mustahil!
f)       Perbezaan 
Kristian Ortodoks  
 | 
  
Jehovah’s  
Witnesses  
(Watchtower Bible  
& Tract Society)  
 | 
  
Mormon (Latter-day Saints,  
LDS)  
 | 
  
Cult World Mission  
Society Church of God (WMSCG)  
 | 
 |
Doktrin keselamatan  
 | 
  
> Dengan kasih kurnia  
Allah  
> melalui iman   
> Kematian dan kebangkitan Yesus telah membolehkan kita diselamatkan 
> Pekerjaan/ perbuatan baik ialah hasil/
  kesan dari keselamatan Allah  
 | 
  
> Harus dibaptiskan sebagai pengikut  
> Memperolehi ‘hidup’ melalui penginjilan dari rumah-ke-rumah > Percaya bahawa 144,000 orang yang diurapi sahaja yang masuk syurga  | 
  
> Orang yang percaya akan dibangkitkan
  melalui kasih kurnia tetapi diselamatkan (kepada keilahian atau menjadi
  ilahi) melalui pekerjaan seperti taat kepada pemimpin/ penatua gereja
  LDS,  baptis, persepuluhan, ritual
  rahsia gereja (temple) dan sebagainya  
 | 
  
> kurang jelas, perlu menyiasat lagi  
> yang jelas ialah: 
langkah pertama dalam keselamatan ialah
  melalui baptisan dan jika kamu keluar dari ‘gereja’ mereka, maka, keselamatan
  kamu juga akan ‘hilang’  
 | 
 
Penutup: Baca Efesus
2:1-10, Dihidupkan oleh Kristus 
#4
Bahagi (/): Membahagikan Kesetiaan Para Pengikut  
a)      Dalam setiap cult hampir semua ada
pemimpin/nabi/rasul yang mempunyai ‘kunci’ rahsia yang diberikan kepada mereka.
Contoh, 
> Wahyu baru – samada melalui ‘Tuhan’ atau malaikat 
> Kitab atau Buku yang lebih autoritatif daripada
Alkitab  
> Hanya terjemahan mereka yang betul/benar/suci 
> Hanya kepercayaan/gereja mereka sahaja yang
betul  
> harus setia kepada para pemimpin (atau individu),
gereja dan organisasi (tidak semestinya kepada TUHAN dan Firman Allah) 
b)      Antara Ajaran-Ajaran yang Pelik 
“Memikul
  beban berat…”
  (Matius 11:28)  
 | 
 ||
Jehovah’s Witnesses (Watchtower Bible
  & Tract Society)  
 | 
  
Mormon (Latter-day
  Saints, LDS)  
 | 
  
Cult World Mission Society Church of
  God (WMSCG)  
 | 
 
> Perjumpaan di “Kingdom Halls” bukan
  gereja  
> Perjamuan hanya dilakukan sekali
  setahun & hanya orang yang diurapi* sahaja yang dibenarkan terlibat  
> Tidak menyambut perayaan atau hari jadi 
> Dilarang untuk
  mengundi, tabik kepada bendera, menjadi askar, atau mengambil/ menerima darah
   
 | 
  
> Tidak boleh minum arak, kopi dan teh  
> boleh dibaptis sebagai pihak orang
  yang sudah mati  
> digalakan untuk melayani sebagai penginjil selama 2 tahun > rahsia ritual di ‘temple’ hanya bagi orang yang layak sahaja  | 
  
> Yesus sudah datang semula (second
  coming) sebagai Ahn Sahng-hong  
> Allah ada 2 iaitu Allah Bapa dan Allah Ibu  
> menyambut hari Sabat tetapi konsep mereka berbeza dengan ajaran
  Yahudi > menyambut 7 perayaan seperti dalam Imamat 23  
> Tidak boleh meninggalkan gereja WMSCG
  dan tidak boleh pergi ke  
gereja lain (sesat)  
 | 
 
c)      Petikan Firman yang berguna: 
>
Yeremia 23:16 > Yehezkiel 13:9 > Matius 7:15 > Matius 24:24 > Luke
6:26 > 2 Petrus 2:1-3 > 1 Yohanes 4:1 > 2 Timotius 4:3-4 
UNTUK MENDAPATKAN NOTA INI DALAM FORMAT PDF, KLIK DISINI
Kesimpulan:  
#1 Cult muncul di Malaysia (di Sarawak khususnya) kerana
umat Allah tidak mengendahkan Alkitab (rujuk Hosea 4:6) 
#2 Cult melanda Malaysia (di Sabah dan Sarawak khususnya)
kerana umat Allah tidak mengenali siapa 
TUHAN YESUS
itu sebenarnya (rujuk Hakim-Hakim 2:10)  
Rujukan: 
1.      YouTube The Kingdom of the Cults by Dr. Walter Martin 
2.      YouTube The Mark of a Cult: A Biblical Analysis with Eric Holmberg 
3.      So What’s the Difference? (1967) by Fritz Ridenour 
4.      Rose Book of Bible Charts, Maps & Time Lines (2005) by RW Research, Inc. 
5.      E-book Beware! Cult tentang Allah Ibu (2017) oleh Richard Angelus 
(KLIK DISINI untuk mendapatkan Ebook PERCUMA)
(KLIK DISINI untuk mendapatkan Ebook PERCUMA)
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/ 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/ 
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

No comments:
Post a Comment