Saya tidak percaya malaikat seperti itu... ini ialah gambaran pelukis |
“Dia yang datang dari
atas adalah di atas segala-galanya. Orang yang berasal dari dunia datang dari
dunia dan bercakap tentang hal-hal dunia. Tetapi Dia yang datang dari syurga
adalah di atas segala-galanya”
(Yohanes 3:31, AVB)
(Yohanes 3:31, AVB)
Lama sebelum Yusuf dan
Maria berangkat ke Betlehem, Mikha 5:2 telah bernubuat: “Tetapi engkau, wahai Betlehem Efrata… daripada kamu akan muncul
bagi-Ku seorang yang akan menjadi Pemerintah di Israel. Asal-usulnya sudah sejak
zaman dahulu, sejak purbakala lagi.” Hal ini membuatkan saya tertanya-tanya:
Dimana Kristus sebelum Dia dibaringkan di dalam palung? Apa yang Dia lakukan
sebelum malaikat Gabriel bertemu dengan Maria? Dimana Kristus ketika para
malaikat bernyanyi mengumumkan tentang kelahiran Penyelamat kepada para gembala
pada malam sebelum Dia dilahirkan?
Alkitab menjawab persoalan
saya ini dengan satu deklarasi: “Pada permulaan sudah
wujud Firman, dan Firman itu bersama Allah dan Firman itu ialah Allah”
(Yohanes 1:1). Yesus Kristus, Anak Allah, Penyelamat Dunia, sudah ada sejak
dahulu lagi. Dia sama dari segi intipati dan kualiti seperti Allah Bapa dan Roh
Kudus. Dia ialah dan senantiasa Allah yang Maha Wujud.
Allah itu berkuasa, abadi
dan tidak kelihatan, apa yang kita tahu tentang Dia kita tahu melalui Yesus
Kristus. Yesus ialah “gambaran Allah yang
tidak kelihatan” (Kolose 1:15). Bukan
hanya Kristus seperti Allah, tetapi Allah seperti Kristus! Sebelum
kedatangan Kristus, setiap gambaran manusia tentang Allah ialah imiginasi manusiawi
dan menurut gambaran ciptaan-Nya. Semuanya berhala. Tetapi di dalam Kristus
kita dapat melihat gambaran Allah dalam kemanusiaan-Nya.
“Yesus Kristus ialah Tuhan” (Filipi 2:11). Dia berjalan
bersama manusia, tetapi Dia tinggal melebihi manusia. Dia merupai manusia,
tetapi bercakap seperti Allah. Dia sepenuhnya manusia dan pada masa yang sama
Dia Tuhan sepenuhnya. Dia menjadi cermin supaya kita boleh melihat sikap dan
keperibadian Allah dengan jelas. Bila pengikut Yesus, Filipus, berkata, “Tuhan, tunjukkanlah Bapa kepada kami,” Yesus menjawab, “Belum lagi kaukenal Aku, Filipus? Sesiapa yang telah melihat-Ku,
telah melihat Bapa” (baca Yohanes 14:8-9). Tidak boleh disangsikan
lagi, Yesus tahu siapa diri-Nya dan mengapa Dia berada di dunia. Dia datang
supaya kita boleh mengenal Allah yang hidup dan benar. Dia ialah shekinah kemuliaan
Allah yang dipancar melalui kemanusiaan-Nya.
Kitab Injil Yohanes dari permulaannya ingin kita melihat kemuliaan Yesus Kristus. Dia lebih
mulia dari segala-galanya dalam keperibadiaan-Nya kerana Dia Allah
yang Maha Wujud yang menjadi manusia. Dia sudah ada sejak dahulu lagi dan Dia
akan sentiasa ada. Dia bersama Allah Bapa dan Roh Kudus dari permulaan, dan Dia
satu dan sama dengan Allah.
Yesus juga lebih mulia
dari segala-galanya dalam kekuasaan-Nya. Dia ialah Pencipta. “Segala-galanya diciptakan melalui Dia” dan “hidup ada dalam-Nya” (Yohanes 1:3-4). Dialah sumber
kehidupan. Dia ialah satu-satunya yang memberikan makna dan tujuan dalam segala
ciptaan-Nya. Alam semesta menjadi saksi kekuasaan-Nya – menunjukkan kemuliaan-Nya
bagi semua. Pemazmur bernyanyi, “Seluruh langit
mengakui kemuliaan Allah; dan cakerawala menunjukkan ciptaan-Nya”
(Mazmur 19:1).
Kristus juga lebih mulia
dari segala-galanya dalam janji-Nya. Rasul Yohanes memulai
Injilnya dengan mengingatkan kita bahawa hanya Yesus yang boleh menjadikan kita
anak-anak Allah melalui iman kepada-Nya. “Namun demikian, Dia
memberikan hak menjadi anak Allah kepada mereka yang menerima-Nya dan percaya
dalam nama-Nya” (Yohanes 1:12). Kita tidak boleh menjadi anak-anak
Allah melalui kelahiran fisikal; kita harus dilahirkan semula dan diangkat
masuk ke dalam keluarga Allah. Hanya Yesus yang boleh menjanjikan hak itu
kepada kita semua.
Akhir sekali, Tuhan Yesus
juga lebih mulia dari segala-galanya dalam tujuan-Nya. “Lihatlah Anak Domba Allah,” seru Yohanes Pembaptis, “yang menghampuskan dosa umat manusia!” (Yohanes 1:29).
Yesus tidak datang ke dunia hanya untuk menjadi guru, walaupun Dia merupakan
Guru yang hebat. Dia tidak datang ke dunia semata-mata untuk menjadi contoh kita,
walaupun Dia harus kita contohi. Tujuan utama Dia datang ialah Dia datang untuk
mati bagi dosa kita. Inilah tujuan termulia Yesus kita!
Allah menjelaskan semua
ini kepada Yusuf apabila Dia berkata, “Maria akan
melahirkan seorang anak lelaki. Namakanlah anak itu Yesus. Dia akan
menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka” (Matius 1:21).
Yosua. Yesus. Penyelamat.
Betapa indahnya Nama itu! “[Allah] sangat meninggikan-Nya dan menganugerahkan kepada-Nya nama
yang di atas segala nama, supaya kepada nama Yesus segala-galanya bertelut,
segala isi langit, bumi dan yang di bawah bumi, dan semua lidah mengaku bahawa
Yesus Kristus ialah Tuhan, untuk mendatangkan kemuliaan kepada Allah Bapa”
(Filipi 2:9-11).
Kita tidak boleh melihat
kehidupan dan ajaran Yesus tanpa melihat dahulu kemuliaan-Nya. Apabila kita
mengkaji keperibadian dan firman-Nya, kita akan bertemu dengan Dia. Setiap hari
kita harus bertanya kepada diri kita sendiri: Bagaimana hubungan saya dengan Yesus Kristus ketika ini? Selamat
hari Krismas!
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment