“Yesus menjawab, ‘Orang ini buta bukan kerana dosanya sendiri ataupun dosa ibu bapanya, tetapi supaya kuasa Allah boleh dinyatakan dalam hidupnya’” (Yohanes 9:3, BM)
Apabila saya membaca tentang Yesus mencelikkan mata seorang buta (Yohanes 9:1-12), saya tertanya-tanya: Kenapa Yesus mengutus seorang buta itu “pergi membasuh muka[nya] di Kolam Siloam” (ayat 7)? Kenapa Yesus tidak hanya berkata “Pulihlah” atau “Sembuhlah” dan orang buta itu melihat semula? Yesus boleh melakukan itu tetapi untuk kes seperti ini, Dia tidak. Yesus ingin orang buta itu melakukan sesuatu – mentaati perintah-Nya – dengan mengutus dia ke Kolam Siloam untuk membasuh mukanya.
Namun begitu, ada satu perkara yang menarik yang berlaku di dalam cerita ini. Sebelum Jesus mengutus orang buta itu pergi, Yesus menyapu tanah pada matanya. Persoalan saya ialah: KENAPA? Pernahkah kamu melihat orang “meludah ke tanah dan meliat tanah itu pada mata” (ayat 6) seorang buta? Bagaimana perasaan kamu jika dia terjadi kepada kamu?
Selepas saya bertanya, saya berdoa dan berfikir. Dan ini yang Tuhan Yesus ingin katakan kepada saya pada masa itu (mungkin kepada kamu juga): Tanah yang melekat pada mata orang buta itu menyebabkan dia ingin mentaati perintah Yesus. Tanah itu menjadi pendorong, pemberi sebab untuk orang buta itu pergi ke Kolam Siloam untuk menbasuh mukanya. Tanah di mukannya membolehkan dia melakukan perintah yang Yesus ingin dia taati.
Kadang-kadang (saya menulis secara metafora) kita tidak mengerti mengapa ada tanah yang menutupi mata kita. Tetapi jika ianya tidak ada disitu, kita tidak mungkin akan membawa masalah, pergumulan atau kesusahan kita kepada Yesus dengan mentaati perintah-Nya. Tanpa ketaatan, kita tidak mungkin dapat melihat pekerjaan Tuhan di dalam hidup kita. Allah yang Maha Pengasih dan Bijaksana, kadang-kadang akan menggunakan ‘tanah’ untuk memulihkan kembali ‘pengelihatan’ rohani kita. Persoalannya ialah: Adakah kamu menurut dan mentaati perintah Yesus?
Jika kamu ingin dipulihkan dan mahu melihat Yesus, “cahaya bagi dunia” (ayat 5) dan – “supaya kuasa Allah boleh dinyatakan di dalam hidup [kamu]” (ayat 3) – percayalah, bertindaklah dan taatilah perintah Allah.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Karena sudah umum saat itu tabib menyembuhkan orang dengan air ludah.
ReplyDeleteOh ya? Kenapa tidak sekarang?
DeleteAdakah ia dijampi dahulu sebelum diludahi? Oleh itu, ia ialah ilmu hitam.
Yesus menyembuh dengan pelbagai cara kerana bukan 'method' yang diperlukan tetapi kehendak-Nya.