Sunday, October 6, 2013

Doktrin tentang Mengumpat




Orang jahat mengumpat; mereka menimbulkan pertengkaran
dan menceraikan sahabat akrab
” (Amsal 16:28,
BM)

Umpatan sangat enak rasanya;
orang suka menelannya
” (Amsal 18:8,
BM)

Mengumpat memang seronok. Ia membuat kita merasakan bahawa kita tahu banyak ‘rahsia’ tentang orang lain. Malah, Alkitab mengatakan “umpatan sangat enak rasanya”.  Tetapi kita harus tahu bahawa umpatan adalah berdasarkan desas-desus atau khabar angin sahaja – bukan fakta dan kebenaran.

Salah satu perkara yang sangat bahaya tentang mengumpat ialah ia menyebabkan reputasi seseorang yang diumpat itu menjadi buruk dan tidak membawa apa-apa kebaikan kepadanya. Semua orang suka mendengar umpatan dan mahu tahu tentang perkara-perkara yang baru yang berlaku disekeliling mereka (mungkin sebab itu pagi-pagi lagi sebelum membaca Alkitab kita sudah membuka internet?) tetapi kita mungkin tidak sedar bahawa orang yang kita sedang bincangkan itu juga sedang mengumpat tentang kita.

Umpatan “menimbulkan pertengkaran dan menceraikan sahabat akrab”, ia “tidak sekali-kali dapat menyimpan rahsia” (Amsal 20:19), ia menyebabkan banyak hati yang terluka, dan menimbulkan pelbagai masalah. Mengumpat tentang orang lain meletakkan kita sebagai ‘hakim’. Semasa perbicaraan di mahkamah, desas-desus atau khabar angin dan pendapat peribadi tidak dibenarkan kerana ia tidak kukuh dan bukan fakta. Begitu juga sekiranya kita menjadikan kelas atau pejabat atau rumah atau Facebook atau Twitter sebagai ‘mahkamah’ tempat kita mengumpat orang lain –dan kita sebagai ‘hakim’ – semua desas-desus dan pendapat peribadi yang dibicarakan akan menyebabkan reputasi dan nama baik seseorang itu akan terjejas. Ianya akan menjadi lebih teruk lagi sekiranya orang yang diumpat itu tidak mampu untuk mempertahankan dirinya sendiri!

Oleh itu, kita harus menghindari diri kita daripada mengumpat tentang orang lain. Amsal 26:20 mengatakan, “Tanpa kayu, api padam; tanpa umpatan, pertengkaran pun berhenti” (BM). Cara yang terbaik untuk kita menghentikan keburukkan mengumpat ialah dengan berhenti mengumpat. Mudah, tetapi kadang-kadang sukar untuk dilakukan. Apabila ada orang mula mengumpat, kita harus cepat-cepat menukar tajuk perbualan atau berkata sesuatu yang baik tentang orang yang diumpat itu.

Dengan ini, kita bukan sahaja tidak menambah kayu ke dalam api malah kita memadamkan api umpatan itu. Kata-kata baik kita bukan sahaja akan mengubah persepsi orang lain tentang kita tetapi mereka juga akan sedar bahawa kita menghormati orang lain (termasuk juga musuh-musuh kita). Mungkin juga mereka akan bertanya, ‘Richard, kenapa kamu tidak lagi berbicara tentang dia?’ dan kita dengan kasih Kristus menjawab, ‘Sebab Yesus tidak suka orang yang suka mengumpat

Di dalam Alkitab tertulis, ‘Sesiapa yang hendak menikmati hidup
dan yang ingin mengalami masa yang baik,
tidak boleh memfitnah orang dan tidak boleh berdusta

(1 Petrus 3:10,
BM).
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]