Saturday, April 30, 2022

Yudas Menggantung Diri: Nubuat & Pilihan (Matius 27:1-10)


Yudas Iskariot berkata kepada ketua-ketua imam dan tua-tua, "Aku berdosa menyebabkan tumpahnya darah orang yang tidak bersalah." Kata mereka, "Apa kami peduli? Tanganilah sendiri!" Yudas pun mencampakkan keping-keping wang perak itu ke dalam Bait Suci lalu pergi menggantung dirinya (Matius 27:4-5). Banyak hal yang tidak 'kena' tentang semua ini:

• Tindakkan Yudas • Respon para pemimpin agama • Tempat ia terjadi • Bait Suci tempat penyembahan menjadi lokasi merancang pembunuhan? Para imam yang sepatutnya mendorong orang dalam hal rohani berkata tidak peduli? Satu-satunya jalan penyelesaian yang dipilih Yudas ialah menggantung diri? Semuanya berkisar kepada dua hal ini - NUBUAT
& PILIHANMari saya jelaskan... #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

Untuk mengetahui lebih lanjut, dengar episod ini
DI SINI https://spoti.fi/3gY5lWo 

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Penyangkalan Dahsyat Petrus, Kasih Radikal Yesus (Matius 26:69-76)

Kurang daripada beberapa jam sahaja selepas Rasul Petrus berkata dengan yakin kepada Tuhan Yesus, "Aku tidak akan goyah!" (Matius 26:33) dan "Aku tidak akan menyangkal-Mu!" (v.35), dia tiga kali akan menyangkal Yesus dihadapan semua orang dengan kutuk dan sumpah, "Aku tidak kenal orang itu!" (v.70-74).

Berapa serius dan dahsyatkah penyangkalan Petrus ini? Kenapa dia sanggup berbuat begitu setelah sekian lama bersama Yesus? Bolehkah dosanya diampuni dan apakah kesudahan baginya? Episod ini sangat penting bagi orang Kristian masakini sebagai peringatan dan bagi mereka yang sedang jatuh dalam dosa dan memerlukan pengharapan... Mari melihat diri kita sendiri di dalam dilema Petrus #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk melihat dan mendengar tentang kasih radikal Tuhan Yesus,
 KLIK DI SINI  http://spoti.fi/3sBnui6 

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuduhan Palsu Musuh & Pengakuan Benar Yesus (Matius 26:57-68)

Tiada seorang pun yang HIDUP benar, sempurna dan berintegriti seperti Tuhan Yesus. Para pemimpin agama "berusaha mencari kesaksian terhadap Yesus supaya dapat membunuh-Nya. Tetapi mereka tidak berjaya sungguhpun ramai saksi palsu yang tampil" (Matius 26:59-60). Wow!

Tetapi bukan itu sahaja, Dia juga
BERCAKAP benar apabila ditanya oleh imam besar, "Demi Allah yang hidup, katakan kepada kami, adakah Kamu ini Kristus, Anak Allah?" Yesus menjawab, "Benarlah seperti katamu..." (26:63-64). Wow! Kenapa tuduhan para musuh palsu dan tidak sah? Apa tiga (3) pengakuan benar Yesus sendiri? Bagaimana respon kamu terhadap semua ini menentukan samada Dia akan menjadi Penyelamat kamu sekarang atau Hakim kamu kelak? ⏳ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Jangan terlepas peluang untuk mengetahui semua hal-hal ini. Untuk mendengar,
KLIK DISINI https://spoti.fi/3GmkMlt   

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Kedaulatan Yesus Ketika Dikhianati & Ditangkap (Matius 26:47-56)

Jika kamu mengkaji bagaimana para pemimpin agama dunia berhadapan dengan konflik atau keadaan mereka apabila hampir mati, kamu akan mendapati SEMUA hal yang terjadi berada di luar kawalan mereka. Terkorban ketika berperang, diracuni sampai mati, dibunuh oleh musuh senyap-senyap, kematian yang tidak diingini, dan sebagainya.

Tetapi Tuhan Yesus Kristus - dari awal sampai akhir - tetap berdaulat (sovereign) walaupun ketika Dia dikhianati, disangkal dan ditangkap! Saya ingin mengajak kamu untuk mengkaji petikan dalam injil Matius bab 26:47-56 ini untuk 'melihat' kedaulatan-Nya dalam Firman Allah.
Kamu mahu mengetahui kebenaran? Jom! #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar pengajian Alkitab untuk episod ini,
KLIK DI SINI https://spoti.fi/3fRTlVS 

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Pergumulan Yesus Kristus di Taman Getsemani (Matius 26:36-46)

Di taman Getsemani kita diberitahu bahawa Yesus Kristus "berasa dukacita dan resah" dan Dia sendiri menyatakan, "Jiwa-Ku sungguh dukacita, bagaikan mati..." (Matius 26:37-38; "Exceedingly sorrowful," KJV). Malah, jika kita merujuk Lukas 22:44 keadaannya lebih jelas lagi: "Dalam kesengsaraan Dia berdoa, peluh-Nya seperti darah menitik ke tanah."

Apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa Yesus sangat bergumul di taman Getsemani? Dan yang paling utama, KENAPA Yesus harus melalui semua ini?
 Ini mesej yang sangat penting, berdoa dan fahami #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar penjelasan dan pengajaran daripada episod ini,
KLIK DI SINI  https://spoti.fi/3to0YLO   

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Keyakinan Manusiawi Petrus, Keilahian Firman Yesus (Matius 26:31-35)

Yesus Kristus tahu Dia akan ditangkap dan disalibkan tidak lama lagi. Oleh itu, Dia bernubuat bahawa semua murid-murid-Nya akan goyah, melarikan diri dan menyangkal-Nya tetapi Dia akan bangkit semula dan tetap akan menerima mereka. Namun begitu, dengan penuh keyakinan, Petrus berkata: "Aku tidak akan goyah... Kalaupun aku terpaksa mati bersama-Mu, aku tidak akan menyangkal-Mu!" (rujuk Matius 26:33-35). Semua murid yang lain pun berkata demikian (ayat 36).

Keyakinan ini tidak asing bagi kita. Sebelum cabaran menimpa, masalah melanda dan penganiayaan terjadi, kita bermula dengan sangat membara dan mahu terus komited. Tetapi apabila kita sedang berhadapan dengan semua itu, respon kita mungkin berbeza...
Bagaimana untuk beroleh keyakinan sejati dan bukannya manusiawi? Apa hal yang tidak harus kita contohi? Apa tentang Tuhan Yesus yang kita boleh pelajari? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk menjawab persoalan ini dan banyak lagi, dengar episod ini,
KLIK DI SINI  https://spoti.fi/3qSbRm5  

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Yesus Kristus Menyanyi Lagi Pujian! (Matius 26:30)

Semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Persekutuan Pelajar Kristian (PPK) di universiti dahulu, pernah beberapa kali rakan-rakan bukan Kristian bertanya kepada saya/kami, "Kenapa orang Kristian suka menyanyi?" kerana setiap tengah hari Jumaat dan malam Sabtu dalam persekutuan, kami akan memulakan dan mengakhirinya dengan menyanyi lagu-lagu pujian kepada TUHAN.

Alkitab penuh dengan contoh-contoh para umat TUHAN Allah bernyanyi dan bermazmur bagi-Nya. Nyanyian mengekpresikan emosi, fikiran, kehendak dan hubungan kita dengan-Nya.
Tahukah kamu bahawa Yesus Kristus sendiri menyanyi lagu pujian? Bahawa Dia ialah Pemimpin Pujian? Bahawa Dia menghafal firman atau lirik lagu suci? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mengetahui, dengar episod ini,
KLIK DI SINI https://spoti.fi/3pJ3HNG   

LEGASI.tv Media
: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]