Kembara Kepimpinan (2015) oleh Roshan Thiran
Lama sudah saya tidak
membaca buku dalam bahasa Malaysia. Apa yang menarik minat saya tentang buku
ini ialah #1 Ianya berkaitan dengan
kepimpinan, salah satu tajuk yang saya minat; #2 Tiada unsur agama, penuh dengan contoh-contoh yang menarik dan
bahasa yang mudah difahami walaupun saya pendapati beberapa kesalahan ejaan
(tidak seperti kebanyakkan buku-buku BM yang lain yang sangat berbau perkauman,
unsur agama yang melampau dan kualiti bahasa yang rendah); dan #3 Setiap bab disampaikan dengan jelas.
Roshan Thiran ialah Ketua
Pengawai Eksekutif (CEO) Leaderonomics, sebuah perusahaan sosial yang menyokong
perkembangan kepimpinan di semua peringkat umur di seluruh Asia Pasifik.
Sebelum dia balik ke Malaysia, dia pernah bekerja dan ditinggal di Amerika
Syarikat, Eropah dan Asia dalam pelbagai peranan dengan General Electric (GE)
and Johnson & Johnson selama lebih kurang 15 tahun. Salah satu kata mutiara
kegemaran Roshan ialah “Hidup adalah sama
ada sebuah pengembaraan yang berani atau sesuatu yang tidak ada apa-apa pun”
(Helen Keller).
Buku ini mengandungi lapan
belas bab (kegemaran saya ialah bab ke 5 yang mengisahkan tentang kepimpinan
Jose Mourinho):
Bab 1: Mengapakah Ianya
Berbaloi Sekiranya Anda Mengotorkan Tangan Anda?
Bab 2: Tidak Mengapa,
Biarkan mereka GAGAL!
Bab 3: Kepimpinan itu
sesuatu yang ekstrim
Bab 4: Ingin Menjadi
Genius, Berlatih Sajalah!
Bab 5: Membina Pasukan
Berprestasi Tinggi – Pengajaran dari Kepimpinan “The Special One”
Bab 6: Perbaiki Tingkap
Anda yang Rosak
Bab 7: Berbaloi ada
Keriangan di Tempat Kerja
Bab 8: Jangan Bersaing,
Berkolaborasilah
Bab 9: Diam dan Camkan
Gorila
Bab 10: Sekarang Semua
Orang Boleh Berangan menjadi Keusahawan
Bab 11: Luaskan Minda Anda
Bab 12: Kaedah “Pementoran
Terbalik” terbukti Berhasil
Bab 13: Urusniaga yang
Digerakkan oleh Tujuan
Bab 14: Untuk Membina
seorang Pemimpin, Sebuah Komuniti Diperlukan
Bab 15: Pasukan Impian
Tinggal Satu Impian
Bab 16: Tiada yang
Mustahil
Bab 17: Apakah Strategi
Kasih Sayang Anda?
Bab 18: Ini untuk Mereka
yang ‘Gila’
Kamu boleh mencari buku
ini di MPH bookstore. Ianya diterbitkan dan diedar oleh MPH Sdn Bhd. Cepat la
beli sebelum habis :) [P.s: Pihak MPH Malaysia boleh bagi commission ka?]
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment