Ramai orang beranggapan bahawa dunia mereka akan hancur jika mereka tidak menggunakan media sosialwalaupun hanya
setengah hari. Media social seperti Facebook,
Twitter, Instagram, Blog dan sebagainya, banyak mengambil masa kita dan ada
yang percaya bahawa semua ini sangat penting. Hey, dunia tidak akan berakhir
jika kita tidak menggunakan laman media sosial! Malah, banyak kebaikkannya jika
kita tidak atau boleh mengawal penggunaannya. Di sini saya mendapati sekurang-kurangnya
ada 8 kebaikkan:
1) Kamu boleh lebih fokus tentang
kehidupan kamu berbanding dengan kehidupan orang lain. Apabila kita tidak ‘menjaga tepi kain’ orang – tentang
kehidupan dan pencapaian orang lain, contohnya – dan lebih fokus tentang
kehidupan peribadi kita sendiri, kita akan lebih mudah menerima baik buruk diri
sendiri (dan menyerahkannya kepada Tuhan) tanpa perlu membuat perbandingan
dengan pencapaian orang lain.
2) Kamu boleh lebih fokus untuk
berinteraksi dengan dunia realiti di sekeliling kamu. Apabila kita kurang
atau tidak seringkali memeriksa telefon pintar untuk mengetahui perkembangan di
dunia digital, kita akan lebih fokus untuk bercakap dengan orang di sekeliling
kita. Apabila kita berkomunikasi dengan orang lain secara bersemuka, banyak
perkara yang kita dapat belajar (secara mendalam) berbanding dengan perkara-perkara
yang dikongsikan di dunia media sosial.
3) Kamu tidak perlu risau samada ada
orang telah memberi komen atau respon di Twitter atau menekan butang “like” di
laman Facebook kamu. [Tidak perlu saya huraikan]
4) Kamu tidak perlu berinteraksi
dengan orang yang kamu tidak suka. Oleh kerana kita pernah bersekolah atau
pernah berkawan dengan mereka dahulu, ini tidak bermaksud kita masih lagi ada
persamaan dengan mereka. Atau mungkin kita sudah berubah sekarang sehinggakan
kita tidak lagi sesuai untuk bergaul dengan mereka.
5) Kamu tidak perlu lagi merasa
janggal atau sakit hati dengan orang yang selalu meluahkan perasaan dan
menunjukkan gambar yang tidak sesuai di laman media social. Kadang-kadang
perkara seperti ini tidak perlu kita tahu... merosakkan jiwa dan minda sahaja!
6) Banyak perkara dan kerja yang kamu boleh siap. Sentiasa memeriksa
laman media sosial waktu pejabat atau semasa melakukan kerja banyak mengambil
masa kita. Sebaliknya, apabila kita tidak atau mengurangkan masa untuk media
sosial, banyak kerja atau perkara dapat dilakukan.
7) Kamu akan memiliki hidup kamu
kembali! Apabila kita tidak membenarkan laman media social untuk mengatur
dan mengawal hidup kita, kita akan beroleh hidup. ‘Hidup’ di sini bermaksud fikiran dan hati kita. Tidak perlulah kita
khuatir tentang apa yang akan dikongsikan oleh orang lain di laman media sosial. Kita sekarang mempunyai lebih
masa dan fokus untuk mendengar dan berbicara dengan orang lain di sekeliling
kita. Kita akan menpunyai hidup yang aktif dan bukannya pasif menunggu ‘hidup’
datang kepada kita melalui laman media sosial.
8) Kamu ada masa untuk berdoa dan
membaca Firman Allah. Kurang berdoa dan membaca buku terutamanya – Alkitab –adalah
satu masalah yang besar terjadi dikalangan orang muda sekarang kerana banyak
masa terluang digunakan untuk media sosial (ada membaca, tetapi membaca bahan
yang tidak berfaedah untuk kehidupan orang Kristian). Apa yang sangat
diperlukan sekarang ialah orang Kristian yang tidak mudah terpengaruh dengan
isu-isu yang remeh-temeh dan mula melihat dan melakukan sesuatu yang boleh
memberkati orang lain di sekeliling kita. Yesus berkata, “Kasihilah Allah” dan “sesamamu”,
“utamakan
dahulu kerajaan Allah” dan “merenung Firman-Nya siang dan malam” (bukan
laman media social).
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment