“Jangan menghakimi orang lain, supaya Allah
tidak menghakimi kamu juga.
Allah akan menghakimi kamu sebagaimana kamu
menghakimi orang lain.
Sukatan yang kamu gunakan untuk menghakimi
orang lain akan digunakan oleh Allah untuk kamu.
Mengapakah kamu perhatikan selumbar di dalam
mata saudaramu,
sedangkan kayu balak di dalam matamu tidak kamu
perhatikan?” (Matius 7:1-3, BM).
Tuhan Yesus Kristus tahu bagaimana sifat kita manusia. Kita cenderung untuk memandang kesalahan-kesalahan orang lain lebih
besar daripada kesalahan-kesalahan kita sendiri. Kristus, pada pendapat
saya, sengaja menggunakan suatu gambaran yang agak lucu – seorang yang padanya ada kayu balak dalam matanya, mahu mengeluarkan
selumbar yang ada di mata orang lain.
“Kayu balak di
dalam matamu sendiri” sebenarnya tidak dapat dibayangkan, tetapi
maksud atau gambaran Kristus di sini sangat jelas. Jika kita tidak mahu melihat
kesalahan kita sendiri, maka kita menjadi seorang “munafik!” (ayat
5). Cara yang sesuai untuk menasihati atau menegur orang lain ialah dengan “mengeluarkan dahulu
kayu balak dari matamu, barulah kamu dapat melihat dengan jelas, lalu keluarkan
selumbar dari mata saudaramu” (Matius 7:5).
Ini bermaksud kita harus berusaha
untuk membetulkan kesalahan-kesalahan sendiri dan mengakui dosa-dosa kita
sendiri, baru kemudian menegur orang lain. Kristus tidak langsung melarang
kita untuk menegur orang lain, tetapi Dia ingin supaya kita menilai diri kita
sendiri dahulu. Di dalam Kristus, menegur kesalahan-kesalahan orang lain adalah
satu usaha yang baik. Ia menunjukkan bahawa kita mengasihi dan mengambil berat
tentang hubungan seseorang itu dengan Tuhan dan orang lain. Tetapi, ia hanya
boleh dilakukan setelah kita menyedari dosa kita sendiri. Ini ialah maksud yang
terkandung dalam kata-kata Kristus ini: Jangan menghakimi orang lain, hakimilah
diri kita sendiri dahulu. Kemudian, barulah kita layak untuk menegur orang
lain.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment