Wednesday, August 28, 2013

Adakah Syaitan Benar-Benar Wujud?

Berjaga-jagalah dan berwaspadalah, kerana Iblis,
musuh kamu merayau-rayau seperti singa
yang mengaum sambil mencari mangsa
.” (1 Petrus 5:8,
BM)

Adakah Syaitan benar-benar wujud? Ya, Syaitan itu ada dan benar-benar wujud. Dia mempunyai banyak gelaran berdasarkan sifat-sifatnya dan perkara yang dia lakukan. Rasul Yohanes, contohnya, menulis, “Naga besar itu dibuang dari syurga. Itulah ular tua yang bernama Iblis atau Syaitan, yang menipu seluruh dunia” (Wayhu 12:9, BM). Bahasa asal kitab Perjanjian Baru iaitu bahasa Yunani yang digunakan untuk syaitan ialah ‘diabolos’, yang bermaksud, ‘penghujat’ atau ‘penuduh’, kerana dia seringkali menuduh orang yang percaya di hadapan Allah (Wahyu 12:10). Syaitan juga dipanggil “Beelzebul, ketua roh jahat” (Matius 12:24) dan “penguasa dunia” (Yohanes 12:31). Bahasa Yunani yang digunakan untuk malaikat-malaikat yang dibuang bersama syaitan atau roh-roh jahat pula ialah ‘daimon’ (Bahasa Ingeris, demon).

Syaitan juga dipanggil sebagai ‘Lucifer’ yang bermaksud ‘Bintang Timur’ kerana di dalam kitab Yesaya mengatakan ini tentang dia: “Wah, engkau sudah jatuh dari langit [syurga], hai Bintang Timur, putera fajar” (Yesaya 14:12, TB. Lihat juga terjemahan Kitab Bahasa Ingeris yang lain). Walaupun mengikut kontek kitab Yesaya ayat 12 hingga 15 merujuk kepada kejatuhan raja Babilonia, ramai orang percaya (termasuk saya juga) bahawa ayat-ayat di dalam Yesaya bab 14 secara tidak langsung juga merujuk kepada kejatuhan ‘Lucifer’ – tentang bagaimana dia suatu ketika dahulu ialah malaikat yang mulia dan perkasa telah menjadi sombong kerana dia mahu menjadi seperti Allah (Lihat juga Yehezkiel 28:13-17). Oleh itu, dia dibuang dari syurga dan sekarang dipanggil sebagai syaitan atau iblis.

Kewujudan syaitan tidak boleh disangkal. Dia memang ada. Dia sekarang “merayau-rayau seperti singa yang mengaum sambil mencari mangsa”. Dia sekarang terus-menerus menipu dan menuduh manusia. Dia ialah penyebab utama berlakunya banyak kematian, kemusnahan dan kesengsaraan. Lihat sahaja berita di dalam surat khabar atau di televisyen – peperangan, jenayah, pepecahan, perkauman, kejatuhan moral, pembuangan bayi, penyakit, dan sebagainya sebahagian besar (tidak semua) adalah disebabkan olehnya dan roh-roh jahat di dunia ini.

Ini hanya lukisan gambaran semata-mata, okay!?
Namun begitu, ini semua bukanlah sesuatu yang harus membuat kita lemah dan kecewa. Kita masih ada harapan! Di dalam Kristus, kita ada harapan!

Apabila kita membaca kitab injil tentang Yesus Kristus, Anak Allah di dunia, kita mendapati bahawa Yesus seringkali mengusir roh-roh jahat yang menyebabkan pelbagai sakit penyakit dan kesengsaraan kepada orang disekeliling-Nya (contohnya, Markus 1:23-27; 32-34). Ini ialah satu berita baik yang sangat mendorong kita! Walaupun Yesus tidak lagi bersama kita secara fisikal, Dia ada bersama kita secara rohani melalui pemberian Roh-Nya, iaitu Roh Allah. Berita baik ini sangat relaven kepada kita pada masa sekarang kerana; jika Yesus Kristus Anak Allah mempunyai kuasa atau autoriti keatas syaitan dan roh-roh jahat pada masa Dia di dunia ini, maka kita yang percaya [terus-menerus] kepada-Nya, juga memiliki autoriti itu sekarang apabila Roh-Nya, Roh Allah ada bersama kita.

Buat masa sekarang, syaitan masih lagi memiliki kuasa jahat. Jangan sesekali cuba untuk melawannya dengan menggunakan kekuatan kita sendiri – kita akan kalah. Tetapi jika kita melawannya dengan kuasa Allah – syaitan pasti akan kalah, takut dan lari – kerana dengan nama Yesus, kita ada autoriti keatas syaitan atau iblis dan segala roh-roh jahat yang lain. “Lawanlah Iblis, maka Iblis akan lari daripada kamu” (Yakobus 4:7, BM). Ini Berita Baik: Yesus ada bersama kita. Jangan takut. Sembah, taat dan pujilah Allah yang termulia! Amen.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]