Thursday, December 27, 2012

Kemuliaan Yesus

Kemudian aku melihat satu lagi malaikat perkasa turun dari syurga. Dia diselubungi awan dan kepalanya dikelilingi pelangi. Mukanya bersinar seperti matahari, dan kakinya seperti tiang api” (Wahyu 10:1).

Saya percaya bahawa “malaikat perkasa” yang digambarkan oleh rasul Yohanes ini ialah Tuhan Yesus Kristus. Yesus seringkali digambarkan sebagai (menyerupai) malaikat di dalam Perjanjian Lama; contohnya di dalam Kejadian 22:15 dan Yesaya 63:9. Di sini kita digambarkan bahawa Yesus “diselubungi awan”. Apakah maksud ini?

Yesus dilitupi oleh ‘shekinah’ kemuliaan Tuhan Allah. Awan melambangkan kehadiran Tuhan, bahawa Tuhan Allah ada di sana. Di dalam Perjanjian Lama, semasa Musa dan orang Israel pergi meninggalkan Mesir, Tuhan “berada di hadapan mereka dalam tiang awan” (Keluaran 13:21). Ini menunjukkan bahawa Allah ada bersama-sama mereka.

Di dalam Perjanjian Baru, Yesus dikatakan telah membawa Petrus, Yakobus, dan Yohanes ke sebuah gunung yang tinggi. Matius 17:2 menulis: “Sewaktu mereka memandang Yesus, rupa Yesus berubah. Muka-Nya menjadi terang seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan”. Kemudian Matius 17:5 menulis: “Sementara Petrus berkata-kata, awan yang bersinar-sinar meliputi mereka, dan terdengar suara dari awan berkata, ‘Inilah Anak-Ku [Yesus] yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku. Dengarkanlah Dia!’”

Petrus, yang telah melihat semua ini, ingin membina khemah (atau lebih baik lagi diterjemah sebagai “tempat bersembahyang”) dan ingin menyembah Yesus di atas gunung itu. Ini bukan rencana Tuhan pada masa itu. Apa yang ingin Tuhan Allah mahu mereka dan kita semua belajar di dalam kejadian ini ialah tentang kemuliaan-Nya. Penyembahan bukannya berpusat pada sesuatu tempat; ianya berpusat pada yang Satu yang menyinari kemuliaan Allah, yang “diselubungi awan” – dan nama-Nya ialah Yesus Kristus. Bersyukurlah kepada Tuhan Allah kerana kita dapat menyembah Tuhan Yesus Kristus dimana-mana sahaja! Amen.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

1 comment:

  1. Tentang “Malaikat Perkasa” di dalam Wayhu 10:1,

    IVP New Testament Commentaries menulis, “…this mighty angel has an aura of divinity about him that prompted some older commentators to see him as none other than Jesus Christ himself. This is highly unlikely, yet the angel does represent God, or the power of God, in a way that most other angelic figures do not... Although he is not Christ in person, he can be viewed as a divine agent acting on behalf of God and the Lamb."

    Matthew Henry’s Commentaries pula menulis, “…an angel from heaven, another mighty angel, who is so set forth as would induce one to think it could be no other than our Lord and Saviour Jesus Christ!”

    Reformation Study Bible pula menulis, “A mighty angel appears, reflecting the very glory of God and His throne room. The angel’s majesty reinforces the authority and divine source of the message”.

    Adrian Rogers dalam bukunya, ‘Unveiling The End Times in our Time: The Triumph of the Lamb in Revelation’ menulis, “I believe this mighty angel is the Lord Jesus Christ” (pg.125).

    Oleh kerana perbezaan pendapat tentang hal ini, kita harus menilai komen di atas dan perlu membuat kesimpulan sendiri. Bagi saya “Malaikat Perkasa” ini ialah Yesus Kristus sendiri.

    ReplyDelete

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]