Apabila dikatakan Yesus Kristus "masuk ke Bait Suci" (Matius 21:12), besar kemungkinan itu ialah kawasan orang bukan Yahudi atau bangsa-bangsa asing untuk menyembah dan berdoa kepada TUHAN Allah Israel. Raja Solomo, semasa dia mendedikasikan Bait Suci, berdoa supaya "segala bangsa di bumi dapat mengenal nama-Mu serta takut kepada-Mu seperti umat-Mu, Israel, dan mereka tahu bahawa nama-Mu diserukan atas bait yang kubangunkan ini" (2 Tawarikh 6:33).
Tetapi apa yang sudah terjadi kepada Bait Suci secara amnya dan kawasan itu secara khususnya? Orang berjual beli di situ! Yesus berkata, "Telah tersurat, 'Rumah-Ku akan dipanggil rumah doa [bagi segala bangsa] tetapi kamu telah menjadikannya sarang pencuri'" (21:13). Bagaimana dengan sekarang: adakah ia menjadi tempat penyembahan atau pusat hiburan? Tempat berdoa atau pasar urusniaga? Tempat Firman Allah diberitakan dan penginjilan atau konferensi motivasi diri? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius
Untuk mendengar episod ini KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius149
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/
THINK
BIG. START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment