Pada awalnya Petrus
mengakui bahawa Yesus ialah "Kristus,
Anak Allah Yang Hidup" (Matius 16:16). Jadi apabila Yesus berkata
bahawa Dia akan "menanggung banyak
penderitaan... [dan] akan dibunuh"
(16:21), Petrus melarang keras kenyataan Yesus itu: "Semua itu tidak boleh berlaku kepada-Mu!" (16:22b). Imej dan
ekspektasi Petrus tentang Kristus atau Mesias berbeza dengan realiti yang Yesus
telah nyatakan kepada mereka.
HANYA Yesus sahaja yang datang ke dunia semata-mata BERTUJUAN untuk mati. Tidak ada tuhan-tuhan atau pemimpin agama lain yang setara dengan-Nya (mereka mati dan kekal mati. Yesus bangkit semula!). Kenapa Mesias harus mati? Kenapa Petrus cuba menghalang Yesus? Kenapa salib ialah kebijaksanaan dan kemenangan TUHAN tetapi kebodohan bagi manusia durjana? 😊⚡🔥 #ServeToLead #InjilMatius
Untuk mendengar 👂 episod ini, KLIK DI SINI > Open Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius128 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius128
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment