Sunday, October 9, 2016

Adakah TUHAN itu Wujud?


Sejak wujudnya alam semesta, sifat-sifat Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata, iaitu kuasa-Nya yang kekal dan ketuhanan-Nya, semuanya jelas ternyata serta difahami melalui segala ciptaan-Nya. Oleh itu, tiada alasan bagi memaafkan mereka
(Rom 1:20,
KSZI)

Ramai agnostik (mereka yang percaya bahawa tidak ada sesuatu pun yang menunjukkan kewujudan Tuhan) berpendapat bahawa kita tidak boleh pasti bahawa TUHAN itu wujud. Mereka berkata seseorang boleh berfikir bahawa Tuhan wujud, malah yakin bahawa TUHAN itu ada, tetapi mereka tetap mengatakan bahawa kepercayaan bahawa ada Tuhan merupakan sesuatu yang tidak logik dan iman yang buta. Bagi orang Kristian pula, seperti penjelasan Rasul Paulus kepada pemerintah Perkius Festus, iman yang kita percaya adalah munasabah. Apabila Festus berkata, “Kamu gila!” Paulus menjawab, “Aku bukannya gila… Aku mengatakan perkara yang benar dan bijaksana” (Kisah Para Rasul 26:25); “…benar dan yang keluar daripada fikiran yang waras.

Iman tentang kewujudan TUHAN adalah sesuatu yang munasabah kerana ada bukti. Tuhan mencipta manusia dan dia “sentiasa memberikan kesaksian tentang diri-Nya” (Kisah Para Rasul 14:17). Apakah bukti-bukti yang ada? Lihatlah keindahan, keagungan dunia disekeliling kita dan alam semesta di setiap penjuru langit. “Dia mengurniaimu hujan dari langit dan hasil dari bumi menurut musimnya” (14:18). Kitaran musim, hasil-hasil bumi, dan misteri tentang hidup itu sendiri bukan hanya merupakan bukti-bukti tentang kewujudan Tuhan yang kukuh malah kebaikan yang dilakukan-Nya.

Sain biologi moden – lebih-lebih lagi apabila dilihat dari sudut mikrobiologi – mengesahkan betapa komplek dan ajaibnya kehidupan yang diciptakan-Nya. Karya Tuhan boleh dilihat dimana-mana saja; hidupan liar, tumbuh-tumbuhan, langit, alam semula jadi dan sebagainya. Keunikkan, kekompleksan, kerumitan, dan kebergantungan antara satu sama lain jelas menunjukkan bahawa ada Pencipta disebalik apa yang wujud di dunia ini.

Raja Daud menulis, “Betapa terangnya langit menyatakan kemuliaan Allah! Betapa jelasnya cakerawala menunjukkan perbuatan-Nya! (Mazmur 19:1). Sekarang kita tahu (tontonlah National Geography) lebih dari mereka yang sebelumnya bahawa alam semesta dan cakerawala sebenarnya sangat sangat menakjubkan! Orang pada zaman dahulu tidak mungkin pernah membayangkan apa yang kita sudah terokai dan tahu sekarang. Bukan hanya bintang-bintang yang indah, tetapi alam semesta yang dipenuhi oleh planet-planet, bulan-bulan, galaksi-galaksi, lubang hitam, dan banyak lagi ciptaan yang unik dan cantik. Perhatikanlah! Apa yang lebih mengagumkan ialah bagaimana hukum-hukum alam yang tidak kelihatan seperti tarikan graviti, hukum inertia, gelombang bunyi dan cahaya menjadi sebahagian dari ciptaan-Nya untuk menjaga dan membolehkan banyak perkara berlaku disekeliling kita tanpa kita sedari. Lihat diri kamu sendiri, bukankah kamu ciptaan-Nya yang paling unik? Semuanya menunjukkan kepada kita sang Pencipta, TUHAN itu wujud.

Kesedaran ini saja sudah cukup untuk kita mengucap syukur, mengagumi dan memuji-Nya!
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]