Thursday, January 28, 2016

Hero Alkitab: TUHAN Allah Menciptakan dan Berkuasa Ke Atas Segalanya


Mari melakukan satu eksperimen. Pertama sekali, berdiri dan melompat sepuluh kali. Kemudian, lakukan lima belas kali push-ups. Teruskan. Ambil masa kamu.

Sudah? Bagus. Sekarang, tutup mata kamu, tarik nafas panjang-panjang…. dan cipta sebuah pulau.
Buka mata kamu. Adakah sebuah pulau terjadi di depan mata kamu? Tidak? Baiklah, mungkin kamu kena cuba sesuatu yang lebih kecil, seperti sebuah gunung. Sedia, mula!

Tiada gunung juga? Hmmm, mungkin ianya masih terlalu besar sebagai permulaan. Lebih baik mencuba sesuatu yang lebih kecil lagi, seperti seekor lembu atau kancil. Datang semula selepas kamu melakukannya, ya.

Apa dia? Kamu tidak boleh berbuat begitu juga? Baiklah, cuba melakukan sesuatu yang lebih kecil lagi, sangat kecil. Cuba kamu mencipta biji benih atau seekor semut atau satu bakteria. Mungkin kamu juga boleh berkata, “Zam zam ala kazam!”

Adakah ianya terjadi? Tidak? Oh, cubaan yang bagus disitu – tidak mengejutkan. Hakikatnya, kamu hanyalah manusia biasa, dan manusia tidak memiliki kuasa untuk mencipta sesuatu daripada kosong.

Tetapi ada seorang yang boleh: TUHAN Allah.

Kejadian 1:1 berkata: “Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi” (TB). Begitulah caranya Alkitab menceritakan tentang sebelum masa dan kehidupan bermula, Allah sudah ada, dan dia menciptakan segalanya. Dia menciptakan matahari, bulan, bintang-bintang, planet-planet, dan galaksi-galaksi di alam semesta. Dia menciptakan bumi dan segala sesuatu yang ada di dalamnya – lautan, sungai-sungai, darat, gunung-gunung, pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan, haiwan liar, dan manusia.

Dia menciptakan segalanya!

Ingat lagi bagaimana kamu sendiri tidak boleh mencipta walau kehidupan yang kecil sekalipun? Sekarang fikirkan tentang kebesaran kuasa dan ketiada batasan kebolehan Allah itu. Dia menciptakan seluruh semesta dengan hanya berfirman*. Jika Dia menciptakan segalanya, maka Dia juga yang menguasai segalanya. Dia boleh melakukan apa saja terhadap ciptaan-Nya kerana tiada sesuatu yang ada tanpa Dia. Dia ialah Tuhan yang sangat hebat dan berkuasa!

Kenyataan ini sangat penting bagi kita. Apa yang kita percaya tentang permulaan segala sesuatu itu akan mempengaruhi segalanya dalam kehidupan kita. Jika kamu percaya bahawa kamu diciptakan melalui proses revolusi alam atau ‘kemalangan’ Big Bang, maka kamu tidak perlu mentaati seseorang atau sesuatu yang lebih berkuasa daripada kamu. Kamu merasakan bahawa kamu boleh melakukan apa sahaja yang kamu suka di dunia ini. Inilah pemikiran yang sangat tidak logik.

Tetapi jika kamu percaya kepada kekuasaan mutlak, Pencipta yang mengetahui segalanya, maka kamu tahu bahawa kamu diciptakan atas sebab dan kamu harus mentaati perintah-Nya. Kamu mempunyai tujuan dalam hidup, tidak seperti orang yang tidak percaya kepada TUHAN. Kamu akan mengerti bahawa semuanya ialah bukan tentang kamu, tetapi Dia. Ianya tentang melayani Allah yang menciptakan kita dan mengenal Dia dengan lebih dalam lagi. Inilah sebabnya kehidupan kita ini mempunyai tujuan dan sangat bernilai bagi Allah.

*”Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah. Ia pada mulanya bersama-sama dengan Allah. Segala sesuatu dijadikan oleh Dia dan tanpa Dia tidak ada suatupun yang telah jadi dari segala yang telah dijadikan” (Yohanes 1:1-3, TB). Siapakah Firman itu? Yesus Kristus. “Segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia” (Kolose 1:16, TB).

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]