Tuesday, January 14, 2020

Empat (4) Tanda Utama tentang Cult Allah Ibu & EBOOK PERCUMA


Google menterjemah ‘Cult’ sebagai ‘Kultus.’ Untuk buku ini, saya akan menggunakan ayat ‘cult’ (English) kerana maksud dan penggunaan ayat ini lebih mudah difahami berbanding dengan ‘kultus.’ Cult, dalam konteks Kristian, ialah “a religious group that denies one or more of the fundamentals of Biblical truth” atau “kumpulan yang beragama yang menyangkal satu atau lebih kebenaran asas Alkitab.” Bagi saya, cult ialah kumpulan mereka yang beragama, yang menyangka bahawa diri mereka ‘Kristian’ tetapi sebenarnya menolak ajaran asas Alkitab yang telah diturunkan dari gereja pertama oleh para rasul Kristus.

Dua ajaran [palsu] yang sangat biasa diajar oleh kumpulan cult ialah tentang Doktrin Keilahian Yesus Kristus (contoh, Yesus bukan Tuhan) dan Doktrin Keselamatan (contoh, keselamatan bukan melalui iman sahaja tetapi juga melalui perbuatan). Bagi saya, apa yang bahaya tentang cult ialah mereka menganggap bahawa diri mereka ‘Kristian’ sebenarnya tidak dan mereka telah terpesong jauh dari hubungan dan keselamatan melalui Yesus Kristus. Ada Empat (4) Tanda Utama tentang Cult:

#1 Ajaran Baru. Cult selalu berkata bahawa mereka telah menerima wahyu baru dari Allah atau Allah telah menunjukkan mereka ajaran baru, walaupun ianya jelas sekali bertentangan dengan ajaran Alkitab atau iman “yang telah dikurniakan Allah kepada orang salih-Nya cuma sekali untuk selama-lamanya” (Yudas 1:3). Mereka menambah (contoh, Hari Sabat dalam Perjanjian Lama diraikan) dan mengurangkan (contoh, Roh Kudus itu bukan TUHAN) ajaran yang sedia ada sejak dulu lagi.

#2 Ajaran Salah. Cult mengajar ajaran manusia, bukan Allah! ‘Kristus’ yang mereka ajar sangat berlainan dengan Kristus yang dinyatakan dalam Alkitab. Rasul Paulus memberi amaran kepada gereja di Korintus: “Jika seseorang datang menyebarkan perkhabaran tentang Yesus yang lain daripada yang kami ajarkan; atau kamu memperoleh roh yang lain daripada yang telah kita peroleh, atau Injil yang lain daripada yang telah kamu terima; mungkin sekali kamu bersabar sahaja terhadapnya” (2 Korintus 11:4). Kepada guru-guru palsu, Rasul Paulus berkata, “terlaknatlah orang itu!” (Galatia 1:8).

#3 Mengawal Para Pengikut. Para pemimpin cult suka mengawal para pengikut dengan paksaan, kecaman dan ugutan. Jika kamu tidak mengikut ajaran mereka, kamu sesat; jika kamu tidak melakukan apa yang diperintahkan mereka, kamu masuk neraka; jika kamu cuba mempersoalkan sesuatu, kamu sebenarnya dipengaruhi oleh iblis (kata mereka). Tidak dinafikan cult secara luaran seperti disatukan oleh kasih tetapi sebenarnya mereka lebih dikawal oleh rasa takut. Dikecam bahawa para pengikut mereka akan hilang keselamatan sekiranya pergi meninggalkan ‘gereja.’

#4 Banyak Berahsia. Agar sukar untuk kamu mendapat gambar-gambar aktiviti yang mereka jalankan di dalam ‘gereja.’ Kebanyakkannya mereka hanya berkongsi perkara yang dilakukan mereka di luar ‘gereja.’ Cult menganggap bahawa hanya ajaran mereka sahaja yang benar (atau paling benar). Oleh itu, mereka suka mengasingkan diri mereka dari orang lain yang berbeza dengan kepercayaan mereka. Mereka tidak digalakkan untuk bergaul dan bersama dengan orang Kristian kecuali untuk menginjili mereka. Kehidupan harian pemimpin tertinggi (atau para pemimpin) mereka dirahsiakan. Kebanyakkan pengikut-pengikut cult mengikut pemimpin yang mereka tidak kenal secara peribadi.

Berdasarkan 4 tanda utama tentang cult di atas, saya akan menerangkan kepada kamu kenapa ajaran tentang Allah Ibu dan Kristus yang telah datang semula oleh World Mission Society Church of God (WMSCG) adalah ajaran cult yang harus kita tolak! Baca, berfikir dan berdoalah supaya kamu tidak mengikuti ajaran mereka (Malah, saya berharap jika kamu sekarang sudah masuk dalam cult ini, masih belum terlambat untuk kamu meninggalkan ‘gereja’ ini dan kembali ke ajaran Kristian yang sebenar).


Untuk memuat turun ebook pdf PERCUMA tentang Berwaspada! Cult tentang Allah Ibu (2017), KLIK DI SINI > Cult Allah Ibu

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Does Your Tongue Need Healing? (1986) by Derek Prince, Book Reading



Does Your Tongue Need Healing? (1986) by Derek Prince

If you take a Bible concordance (or just use your Bible apps, easier and faster) and look up all the words such as “mouth” “tongue” “lips” “speech” “words” and so on, you will be amazed by how much the Bible has to say about this subject, and it is with good reason. There is no area in our personality more directly related to our total well-being - both physical, emotional and spiritual - than the mouth and tongue. So it is crucial for us to control the tongue and discipline it or be controlled by it! Proverbs 18:21 declares: “Death and life are in the power of the tongue, and those who love it will eat its fruit.”


Chapter #9 The Important of Your Confession (https://youtu.be/NMyM6tlYYVU)

You can listen through these other podcast platforms:


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, January 13, 2020

Yesus & Hukum Taurat: Menunaikan, BUKAN Menghapuskan (Matius 5:17-18)



Yesus datang bukan untuk menentang atau menghapuskan Taurat Allah tetapi untuk menggenapi atau menunaikannya. Jika kamu membaca Matius bab 5 hingga 7, malah seluruh kitab-kitab Injil, Yesus seakan-akan menolak dan melanggar Hukum Taurat tetapi sebenarnya TIDAK! Yesus SEBENARNYA menolak "ajaran nenek moyang" (5:21, 33) atau hukum-hukum manusia yang diajar oleh orang-orang Farisi dan guru-guru Taurat yang menyimpang dan lari daripada tafsiran yang benar #ServeToLead #InjilMatius Dalam podcast ini, kita akan belajar apa maksud:

* "Taurat dan ajaran nabi-nabi" (ayat 17a)
* "bukan untuk menghapuskan... tetapi... menunaikan" (ayat 17b)
* "satu titik atau huruf terkecil" (ayat 18a)
* dan apakah sikap dan pengertian kita tentang Hukum Taurat pada masa sekarang
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Kamu Ialah Cahaya Dunia: Terang atau Malap? (Matius 5:14-16)



"Kamu," kata Yesus kepada para pengikut-Nya, "ialah cahaya dunia" (ayat 14). Apabila kita membaca Alkitab, kita mendapati bahawa Yesus ialah SUMBER cahaya ("Akulah cahaya dunia..." Yohanes 8:12; 9:5) dan kita ialah penerima dan berkongsi "cahaya" itu di dunia. Kita ialah cahaya yang dilihat oleh dunia!

Adakah cahaya kamu terang atau malap? Adakah orang was-was masada kamu pengikut Kristus atau tidak? Cahaya "tidak mungkin tersembunyi" (ayat 14), ia patut "diletakkan di atas kaki pelita" (ayat 15), dan harus "bersinar dihadapan orang ramai" (ayat 16). Jika kamu menyorok cahaya, bagaimana orang akan "memuji Bapamu yang di syurga"? 😉🙏 #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Kamu Ialah Garam Bumi: Efektif atau Tidak? (Matius 5:13)



Kita bukan harus menjadi "garam bumi," bagi Yesus, kita "ialah" garam bumi. Ini bukan pilihan tetapi siapa kita. Persoalannya ialah adakah kamu garam yang "masin" atau "tawar"? Apa maksud Yesus dalam ayat 13 ini? 😉 #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Diberkatilah Kamu Apabila Orang Menghina, Menganiaya & Memfitnahmu (Matius 5:10-12)


Dalam 2 Timotius, Paulus menulis: "Memang, semua orang yang ingin hidup warak [atau hidup beribadah atau hidup saleh] dalam Kristus Yesus AKAN dianiaya." Tuhan Yesus sendiri pernah berkata: "Jika dunia membencimu, ketahuilah, dunia telah membenci-Ku terlebih dahulu" (Yohanes 15:18). Jika kamu terus-menerus "lapar dan dahaga akan perbenaran" (Matius 5:6) dan "mendamaikan manusia" dengan perbenaran (5:9), PASTI, kamu akan "dianiaya demi perbenaran" (5:10) dan kerana-Nya (5:11) 📖💪🙇

Apakah sebab ada penganiayaan? Apakah kesan penganiayaan? Apakah janji Allah kepada mereka yang dianiaya demi nama-Nya? #ServeToLead #InjilMatius

_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Diberkatilah Mereka yang Mendamaikan Manusia (Matius 5:9)


Dalam khutbah Yesus di atas bukit (Matius 5), lapan ayat yang pertama Dia berfirman tentang "diberkatilah" atau "berbahagialah", empat ayat yang pertama berkaitan dengan empat ayat yang seterusnya:

Miskin kerohanian - perpengasihan
Bersedih (dengan dosa) - suci hati
Lemah lembut - mendamaikan manusia*
Lapar & dahaga akan perbenaran - dianiaya demi perbenaran

Mereka yang lemah lembut atau rendah hati secara semulajadinya akan menjadi pendamai manusia.* Tetapi kita ada masalah, secara manusiawi, kita ialah pendosa (Mazmur 51:5), pemberontak (Roma 7:7-25) dan tiada damai dalam diri kita sendiri (Yakobus 4:1), jadi, bagaimana kita boleh "mendamaikan manusia"? #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]