Saturday, April 15, 2017

Simple Book Review: "Sherlock: Permainan Agung" (2010)


Sherlock: Permainan Agung (2010)
diterbitkan oleh Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Ini ialah komik Sherlock dalam bahasa Malaysia (mereka tulis 'Bahasa Melayu', salah tu) yang diadaptasi dari manga Jepun. Semuanya ada tiga buku yang saya lihat dijual di kedai-kedai buku tempatan setakat ini. Kalau kamu pernah menonton BBC Sherlock Series, kamu pasti pernah melihat "The Great Games" season 1 episode 3. Jadi, bila saya membaca komik ini, saya dapat membanyakkan cabaran, emosi dan konflik. Best! Sherlock Holmes, John Watson dan... Jim Moriarty

Banyak dialog yang saya suka dalam komik ini, tapi yang paling saya suka ialah bila Dr. Watson hairan kenapa Sherlock tidak tahu tentang hal heliosentrik:

Sherlock: Itu lagilah. Langsung tak penting pun.
Watson: Tak penting? Itu ilmu sekolah rendah. Macam manalah kau boleh tak tau?
Sherlock: Kalau tau pun otak aku dah hampuskan data itu.
Watson: Hampuskan?
Sherlock: Dengar baik-baik. Otak ni cakera keras aku. Aku cuma simpan maklumat berguna je dalam ni. Korang selalu simpan benda tak berguna dalam kepala. Sebab tulah tak dapat fikirkan perkara penting.

Wow!
Beli ja buku ni, harga Rm11.00 lebih murah dari rokok Dunhill :p


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]