Mentaliti Jamban (2016) oleh Khairul Abdullah
Wow! Tajuk buku yang
provocative, kulit buku yang luar biasa, tajuk bab yang kurang menyenangkan,
dan isi yang lucu, informative, membuat kita berfikir, tersindir, menyesalkan
dan banyak nasihat yang menjadikan kita lebih baik – jika diambil peduli.
Khairul bekerja sebagai pereka grafik dan laman web (freelance) yang pernah
bekerja di luar negara – paling lama di Jerman, Jepun, London dan sebagainya – yang
sekarang menetap di Malaysia. “Abang dah
tengok macam-macam ragam orang di dunia,” tulis Khairul, “Abang dah pernah pergi ke banyak bandar
utama di dunia dik, yang abang malas nak sebut… Apa yang buat mereka maju? Apa
yang buat mereka hebat dari segi kehidupan? Mentaliti dik, mentaliti.”
“Negara kita nampaknya macam hampir maju, tapi kebanyakan kita masih
mempunyai mentaliti jamban! Jangan marah dik, sebab itu kenyataan.” Mula-mula
saya rasa kenyataan ini sangat keras, tapi selepas membaca buku ini
(lebih-lebih lagi dengan tajuk-tajuk seperti bab 2 “Tahi”, bab 13 “Kereta
Besar, Badan Besar, tapi Sayang Otaknya Kecil,” bab 15 “Janji Melayu, Cina, dan
India, Semua Sama Sahaja!”, bab 20 “Serban Tinggi, Jubah Labuh, dan Seluar
Jean” dan bab 30 “Buang Dalam Jamban”) – saya setuju sangat-sangat! Memang rata-rata
mentaliti kita ni mentaliti jamban! Mindset kita kena berubah.
Khairul menyentuh tentang
sikap kita orang Malaysia yang tidak peduli dengan orang lain. “Jangan ada sifat pentingkan diri sendiri
dalam setiap kita yang bernama insan atau yang menjadi hamba kepada Maha
Pencipta.” Kita membuang sampah sesuka hati, kita jarang berkata ‘terima
kasih’ kepada orang yang sudah menolong kita atau kepada pelanggan kita, kita
selalu lari tajuk bila memberi komen atau respon di laman sosial, tandas awam
dan rumah sangat kotor, memandu tanpa mempedulikan orang lain, beragama tetapi
bersikap taik, tidak beri signal ketika membelok, parking di garisan kuning,
double parking dan di tempat OKU, dan sebagainya. Saya paling rasa bersalah
bila dia berkata tentang masa and temujanji. “Jawapan ‘on the way’ adalah jawapan standard atau klise orang kita bila
lambat.” Ouch! Ada juga sisa-sisa mentaliti jamban dalam sikap saya
sendiri…
Walaupun penulis lebih
merujuk kepada mereka yang beragama Islam, kita yang bukan Islam ini juga sama
bila dia menulis, “Orang Islam menuntut
supaya menjaga kebersihan. Tapi kenapa kita di tanah Melayu, sebuah negara yang
didiami oleh majority manusia yang beragama Islam ni tandasnya kotor? Kenapa
longkangnya kotor dan busuk? Kenapa air sungai keruh dan penuh dengan sampah
sarap?” Itu baru bercakap pasal kebersihan, bagaimana pula dengan isu-isu
yang lain? Pendek kata, Khairul menulis, “Apabila
agama diambil sebahagian dan ditinggalkan sebahagian, dia jadi tak peduli fasal
orang lain. Dia seorang saja nak masuk syurga. Dia jaga hubungan dia dengan
Tuhan sahaja, hubungan dengan orang lain dan dengan alam sekeliling dia tak
jaga.” Ouch!
Saya sarankan orang
Malaysia untuk membeli (atau pinjam) dan membaca buku ini. Saya baca, saya
fikir diri saya sendiri, saya perhati sekeliling, saya renung apa yang saya
pernah dengar dan lihat, memang, memang kita masih lagi ada mentaliti jamban!
Mari kita berubah okay? J
[P.s: Kamu boleh beli buku
ini di kedai-kedai buku seperti Popular, Smart, dan MPH pada harga yang
berpatutan, RM28.00. Antara banyak-banyak buku terbitan Komrad Buku, buku ini
yang paling berbaloi untuk dibeli]
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment