Saturday, January 25, 2014

Agama Kristian ialah Bukan suatu Rekaan Manusia

Lukisan oleh Michelangelo
Selain daripada sangat rumit, kenyataan atau realiti, pada pengalaman saya, juga sangat tidak mudah untuk difahami. Ianya tidak disusun dengan kemas, tidak ketara, tidak seperti apa yang kita anggapkan. Sebagai contoh, sebelum kamu berkenalan dengan rakan-rakan baru dari bangsa atau negara yang berbeza dengan kamu semasa di universiti, kamu menyangka bahawa semua orang di Malaysia hanya berbangsa Melayu, Cina dan India. Tetapi selepas kamu dewasa, kamu mendapati bahawa banyak lagi bangsa lain di Malaysia ini; Iban, Bidayuh, Kadazan, orang Asli, Kenyah dan sebagainya.

Kemudian, apabila kamu menyangka bahawa kamu sudah hampir tahu kebanyakkan bangsa di Malaysia ini, kamu terkejut apabila mendapati, sebagai contoh, bahawa bangsa Bidayuh mempunyai banyak pecahan etnik seperti Selakau, Lara, Jagoi, Singai, Biatah, Bukar, Sadong dan sebagainya. Namun apa yang lebih mengejutkan lagi ialah kamu seterusnya mendapati bahawa setiap orang walaupun sama bangsa dan etnik, mereka tidak mempunyai ciri-ciri, sikap dan perwatakan yang sama. Ini semua ialah sesuatu yang tidak mudah untuk difahami dan sampai matipun kamu tidak mungkin dapat menyiasat segalanya. Inilah kenyataan yang harus kita hadapi.

Kenyataan, sebenarnya, ialah sesuatu yang tidak mudah untuk kita sangkakan. Inilah salah satu sebab kenapa saya percaya dan menjadi orang Kristian. Kristian ialah agama (‘agama’ dalam pengertian kebanyakkan orang) yang tidak mudah untuk kita sangkakan. Jika ia menyatakan SEMUA perkara – di dunia dan di akhirat – dengan begitu tepat dan jelas sekali seperti apa yang kita anggapkan, maka, kita harus mengesyaki bahawa ia ialah suatu rekaan manusia semata-mata.

Agama Kristian yang sebenar tidak langsung begitu! Ada beberapa perkara dan bahagian yang tidak mudah untuk disangkakan dan ia bukan rekaan manusia – tetapi Tuhan sendiri. Tuhan yang Benar tidak mudah untuk kita sangkakan. Mesti ada misteri (seperti tritunggal Tuhan) dan perkara yang tidak boleh dijelaskan untuk ia dipanggil sebagai kenyataan. Saya harap kamu mengerti apa yang saya cuba jelaskan di sini.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]