Saturday, July 4, 2020

Semua Orang Boleh Berubah & Diubah Oleh Yesus (Matius 10:1-5)



Petrus jenis yang suka terlepas cakap dan juga pernah menyangkal Yesus. Yakobus dan Yohanes dipanggil sebagai Boanerge atau Anak Petir kerana tahap kesabaran mereka sangat tipis dan senang melenting macam petir. Bartolomeus ada sombong sikit. Tomas jenis yang pesimistik. Matius pembelot kerana bekas pemungut cukai. Simon orang Patriot atau Zealot dianggap sebagai seorang fanatik, "Ini negara kami, hak kami!" Dan Yudas Iskariot, yang namanya diakhiri dengan kenyataan: "yang mengkhianati Dia."

Tetapi semua ini sebelum mereka dibentuk oleh Yesus Kristus dan menjadi para rasul-Nya. Petrus menjadi pemimpin. Yohanes menyebarkan kasih Kristus. Matius merekod Berita Baik. Simon menjadi penginjil. Semua orang boleh berubah dan diubah oleh Yesus Kristus 😊 ...kecuali jika kamu menolak-Nya (seperti Yudas Iskariot) 📖🙏⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Podcast > http://bit.ly/LegasiMatius73 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]