Saturday, April 30, 2022

Kehidupan Kekal Atau Hukuman Kekal (Matius 25:31-46)

Matius bab 24 dan 25 ialah antara khutbah atau pengajaran Yesus Kristus yang terakhir dengan para murid-Nya sebelum Dia ditangkap, disalibkan dan bangkit semula. Jadi, ini merupakan firman yang sangat penting untuk mereka - dan kita pada masakini - ketahui dan fahami. Samada kita akan menikmati HIDUP KEKAL (eternal life) atau menanggung HUKUMAN KEKAL (eternal punishment). Jalan hanya SATU ✝ Pilihan hanya DUA. Kesudahan hanya SATU. Apa tindakkan kamu? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini,
KLIK DI SINI http://bit.ly/SpotifyMatius174 

LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Segala-Galanya Berkisar, Berpusat & Berfokus Kepada Yesus Kristus (Matius 25:31-34)


Pembacaan dan pengajian Alkitab dalam Matius bab 24 dan 25 (dan seluruh Alkitab secara amnya) adalah sia-sia jika kita missing the point tentang SIAPA Yesus Kristus itu kerana segala-galanya berkisar, berpusat, berfokus kepada-Nya. "Kamu akan dibenci oleh semua bangsa kerana nama-Ku" (24:9); hal tentang kedatangan-Nya ialah mesej utama (bab 24 ayat 27, 30, 31, 37, 39, 42, 44); "Apabila kamu melakukannya... ertinya kamu melakukannya kepada-Ku" (25:40); dan banyak lagi.

Oleh itu, imaginasi-imaginasi liar, omong-omong kosong, cerita-cerita dongeng dan kenyataan-kenyataan palsu tentang SIAPA Yesus di luar konteks Alkitab adalah sangat berbahaya. Hidup dan mati, masa depan dan destinasi, kehidupan kekal dan penghakiman, semuanya bergantung kepada SIAPA Dia.
Apa kata Yesus sendiri? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini,
KLIK DI SINI http://bit.ly/SpotifyMatius173 

LEGASI.tv Media
: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Kesudahan Bagi Hamba Yang Baik & Setia (Matius 25:14-30)

Konteks ibarat tentang talenta ini berkaitan dengan kedatangan Tuhan Yesus Kristus kali kedua (lihat Matius 24 ayat 37, 39, 42 dan 44). Jika ibarat tentang sepuluh anak dara mengingatkan kita untuk sentiasa bersedia dan berjaga-jaga, ibarat ini menerangkan kepada kita BAGAIMANA untuk bersedia sementara menantikan kedatangan-Nya. Ini perkara yang serius kerana ia berkaitan dengan isu keselamatan dan destinasi setiap manusia samada akan menikmati kehidupan kekal atau menanggung hukuman selama-lamanya (Matius 25:30, 46). Persoalannya: Adakah kamu hamba yang baik dan setia? Atau, hamba yang zalim dan malas? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini,
KLIK DI SINI http://bit.ly/SpotifyMatius172  

LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv          

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Kesudahan Bagi Mereka Yang Tidak Bersedia (Matius 25:1-13)

"Anak dara yang berlima [yang kurang berakal] tiba lalu berseru: 'Tuan, tuan, bukalah pintu untuk kami!' Tetapi pengantin lelaki berkata, 'Sesungguhnya, aku tidak mengenalmu'" (Matius 25:11-12). Apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa sekumpulan anak dara ini di luar majlis? Kenapa pengantin lelaki sangat 'kejam' tidak mahu membawa mereka masuk?

Selain daripada menjawab persoalan-persoalan ini, saya juga akan menerangkan beberapa adat budaya perkahwinan bagi orang Yahudi dalam Perjanjian Baru untuk memahami konteks firman. Tetapi yang penting lagi,
apa tiga (3) hal yang mustahak bagi semua orang tahu untuk bersedia dengan kedatangan Yesus Kristus kali kedua? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI http://bit.ly/SpotifyMatius171  

LEGASI.tv Media
: https://linktr.ee/LEGASI.tv       

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Lima (5) Sikap Harus Ada Sebelum Kedatangan Yesus (Matius 24:36-51)

Dalam Matius 24:4-35, saya sudah menerangkan lima tanda-tanda akhir zaman dan kedatangan Tuhan Yesus Kristus kali kedua. Dalam Matius 24:36-51 pula, saya ingin menerangkan lima sikap (attitude) yang HARUS ada bagi para pengikut Kristus sebelum atau sementara menunggu kedatangan-Nya. Bukan hanya tahu fakta dan kebenaran tetapi sikap juga penting. Apakah lima sikap itu? Juga, kenapa Yesus sendiri berkata bahawa Dia tidak tahu hari dan waktu kedatangan Anak Manusia (ayat 36)? Apakah persamaan diantara zaman nabi Nuh (ayat 37) dengan zaman masakini? Dan banyak lagi #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini,
KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius170

LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv                

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tanda Akhir Zaman #5 Kedatangan Yesus Kali Kedua! (Matius 24:30-35)

Apabila para murid Yesus Kritus bertanya tentang "Apakah tanda-tanda kedatangan-Mu dan akhir zaman?" (Matius 24:3), ini ialah tanda [the sign] kemuncaknya. Tiada peristiwa yang lebih hebat, teruja dan ditunggu-tunggukan oleh umat TUHAN Allah selain daripada kedatangan-Nya kali kedua!

Selepas melihat tanda-tanda yang sebelum ini, hati saya lega dengan pengakhirannya; selepas apa yang akan terjadi kelak, saya penuh dengan pengharapan tentang kesudahannya; selepas kegelapan yang bakal melanda, saya melihat sinar kemuliaan-Nya akan datang
. Apakah tujuh (7) hal yang akan terjadi bila Anak Manusia datang semula? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini,
KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius169 

LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv          

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tanda Akhir Zaman #4 Matahari Kelam, Bulan Malap & Bintang-Bintang Gugur (Matius 24:29)


Selain daripada bergelut dengan isu pendamik, kita juga sedang berdepan dengan isu perubahan iklim. Kebakaran hutan, sungai kering kontang, banjir besar, dan ribut kuat semakin menjadi-jadi. Salah satu tanda akhir zaman yang semakin dekat ialah: "Matahari akan dikelamkan dan bulan tidak akan bersinar lagi..." (Matius 24:29a). Kejadian-kejadian alam di langit dan bumi memberi peringatan kepada kita semua.

Ini firman Yesus Kristus tentang kedatangan-Nya kali kedua: "Anak Manusia akan datang pada saat yang tidak kamu sangka" (24:44). Sudahkah kamu bersedia? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius168   

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                                
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify                               
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/                           

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]