Showing posts with label Bersedekah. Show all posts
Showing posts with label Bersedekah. Show all posts

Saturday, January 23, 2021

Markus 7:9-13 Bagaimana Adat Istiadat Membatalkan Firman Allah? (#InjilMarkus S.1 E.52)

 

Syarat-syarat berpuasa, langkah-langkah berdoa, kaedah-kaedah bersedekah. Tradisi kemenyan, tradisi puji sembah, tradisi baju-baju khas dan air suci. Bila dinilai dan ditegur melalui Firman TUHAN, para orang Farisi dan guru teologi zaman moden akan marah. Namun, Firman Yesus Kristus akan mengecam mereka: “Kamu sungguh pandai menyingkirkan perintah Allah untuk menegakkan adat istiadatmu sendiri!" (Markus 7:9) 💪⚡🔥 #ServeToLead #InjilMatius

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, April 15, 2020

Tiga (3) Prinsip Bersedekah berdasarkan Matius 6:2-4


Alkitab mengatakan bahawa: "Sesiapa menindas orang miskin, mencela Penciptanya, tetapi sesiapa yang mengasihani orang yang melarat, memuliakan Dia" (Amsal 14:31, AVB). "Orang yang melarat" juga boleh diterjemah sebagai orang miskin. Bagaimana kita boleh menunjukkan kasih kepada orang miskin? Perkara pertama yang kita fikirkan ialah dengan memberi wang ringgit. Tetapi memberi dalam definasi Alkitab adalah lebih daripada itu.


Apabila kamu melihat atau terserempak dengan orang miskin atau orang yang memerlukan hari ini, apakah tindakkan yang akan kamu buat yang boleh menunjukkan bahawa kamu mengasihi TUHAN dan orang lain? Jangan bertangguh - buat!  #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod "Bila Bersedekah, Jangan Ambil Selfie" KLIK LINK di bawah:

PODCAST > bit.ly/LegasiMatius40 
SPOTIFY > bit.ly/LegasiSpotify 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Apabila Bersedekah, Jangan Ambil Selfie (Matius 6:2-4)


"Ketika kamu bersedekah kepada orang miskin," firman Yesus Kristus kepada orang ramai, "jangan heboh-hebohkan seperti orang munafik menuip sangkakala di saumaah dan di jalan raya, supaya dipuji orang." Atau dengan menggunakan contoh pada masa kini, jangan ambil selfie apabila bersedekah, upload di social media dan tag influencers yang lain. "Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu," sambung Yesus, "orang begitu sudah pun mendapat ganjaran mereka" (Matius 6:2). Like, love, share itu sahaja ganjaran yang kita akan dapat  Menurut Firman Allah dalam Matius 6:3-4, bagaimana seharusnya sikap kita apabila bersedekah atau memberi? 
#ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK LINK di bawah:

PODCAST > bit.ly/LegasiMatius40 
SPOTIFY > bit.ly/LegasiSpotify 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]