Showing posts with label nabi Elia. Show all posts
Showing posts with label nabi Elia. Show all posts

Wednesday, March 31, 2021

Markus 9:9-13 Jika Yesus Ialah Mesias, Siapa Elia? (#InjilMarkus S.1 E.64)


Petrus, Yohanes dan Yakobus bertanya kepada Yesus Kristus,
“Mengapa ahli Taurat berkata Elia mesti datang dahulu?” (Matius 9:11). Menurut Perjanjian Lama, sebelum Mesias datang, nabi Elia harus datang dahulu. Mungkin mereka berfikir: jika Yesus ialah Mesias, siapa dan dimana Elia? Bagaimana pengetahuan tentang nubuat ini sangat releven untuk kita masakini? 📖💪🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus 

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Yohanes Pembaptis Ialah Nabi Elia? dan Apa Implikasinya? (Matius 17:10-13)

 

Yesus Kristus berkata, "Sekiranya kamu ingin percaya tentang perkhabaran mereka [Musa dan para nabi], Yohanes [Pembaptis] itulah Elia yang telah dinubuatkan kedatangannya" (Matius 11:14). Lagi, apabila Yesus menjelaskan bahawa Elia sudah datang, para murid-Nya sedar bahawa "yang dimaksudkan-Nya ialah Yohanes Pembaptis" (Matius 17:13). Bagi Yesus, Yohanes Pembaptis ialah nabi Elia.

Tetapi apabila Yohanes Pembaptis sendiri ditanya terus oleh wakil para penguasa agama, "Kamu ini siapa? Elia?" Dengan berterus-terang Dia menjawab, "Bukan" (Yohanes 1:21). Jadi, siapa yang betul - Yesus atau Yohanes? Bagaimana untuk menyelesaikannya? Apakah implikasi bagi jawapan ini? 🤔📖🛐 #ServeToLead #InjilMatius

Ingin mendengar episod ini? 👂 KLIK DI SINI > Open Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius131 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius131

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]