Sunday, December 15, 2019

5 Perkara Sebelum Mengkaji Alkitab (Injil Matius)



Pengajian Alkitab dalam Injil Matius ini tidak akan dilakukan secara mendalam dan menyeluruh. Saya bercadang ingin melakukan pengajian yang lebih praktikal dan mudah untuk difahami. Alkitab ialah Firman Allah yang ditulis oleh manusia, diilhami oleh Roh Kudus, diutus oleh Allah Bapa dan ia tentang Yesus Kristus. 1 Tesalonika 2:13, "[Kami] sentiasa bersyukur kepada Allah kerana apabila kami menyampaikan perkhabaran Allah kepadamu, kamu telah mendengar dan menyambutnya bukan sebagai perutusan daripada manusia tetapi sebagai Firman Allah."

Ada 5 Perkara yang kita HARUS tahu sebelum kita mengkaji Injil Matius untuk episod-episod yang akan datang:

#1 Kita harus bersikap bersyukur dan sentiasa haus akan Firman Allah

#2 Jangan hanya menjadi PELAJAR Firman sahaja, tetapi juga menjadi PELAKU Firman (Yakobus 1:22)

#3 Berdoa untuk pimpinan Roh Kudus (Yohanes 16:13)

#4 Berdoa supaya mata rohani dicelikkan untuk mengenali siapa Yesus Kristus lebih lagi (Lukas 24:31)

#5 Berdoa kepada Allah Bapa supaya membuka pintu pemahaman agar boleh mengerti maksud Firman-Nya (Lukas 24:45)

#ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]