Showing posts with label Kutukan. Show all posts
Showing posts with label Kutukan. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

Tujuh (7) Ucapan Celaka Kepada Guru-Guru Palsu (Matius 23:23-26), Bahagian 2


Dari awal lagi, Yesus Kristus sudah memberi amaran: “Berjaga-jagalah tentang nabi palsu yang datang kepadamu dengan pakaian domba tetapi sebenarnya serigala ganas" (Matius 7:15). Tiada generasi lain yang lebih terdedah kepada bahaya ini lebih daripada generasi sekarang. Berjaga-jagalah! "Serigala ganas" bukan sahaja ingin memusnahkan kehidupan rohani kamu dengan TUHAN Allah yang benar malah ingin kamu menyimpang daripada kebenaran dan merampas harta benda kamu.

Sebab itu Yesus menyampaikan tujuh (7) ucapan kutuk atau malang atau celaka kepada nabi-nabi dan guru-guru agama yang palsu. Bagi pengikut Kristus, teliti ucapan ini supaya kamu boleh berjaga-jaga. Bagi pemimpin Kristian, dengar ucapan ini sebagai peringatan untuk terus setia. Bagi guru palsu, ambil teguran ini sebagai panggilan untuk bertaubat  #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius162 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, September 7, 2021

Tujuh (7) Ucapan Celaka Kepada Guru-Guru Palsu (Matius 23:13-22), Bahagian 1


Matius bab 23 ialah mimpi buruk kepada guru-guru dan rasul-rasul palsu. Setakat ini, saya tidak pernah mendengar mereka mengajar atau berkhutbah melalui ayat-ayat dalam bab ini. Untuk pengetahuan, ini ialah khutbah terakhir Yesus Kristus kepada orang ramai. Jika ini yang terakhir, maka, mesej yang disampaikan mestilah SANGAT PENTING.

Kenapa Yesus sangat keras dan tegas (tetapi berbelas kasihan juga, baca ayat 37) kepada ahli Taurat dan orang Farisi ketika itu? Apa yang mereka lakukan sehinggakan dikatakan "Malanglah kamu!" atau "Celakalah kamu!" oleh Yesus? Apakah persamaan mereka dengan guru-guru agama palsu masakini? Sila AMBIL PERHATIAN! ☢���☣ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

 Untuk mendengar episod ini KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius161


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]