Tuesday, November 28, 2023

Membaca Buku Ialah seperti Gim untuk Akal #LeadersAreReaders September 2023


Salah seorang ahli pemikir di Malaysia yang saya kagum ialah tuan Haji Zainal Rashid bin Ahmad atau lebih dikenali lagi sebagai ZRA. Dia merupakan bekas wartawan TV yang terkenal suatu masa dahulu, masih lagi menulis buku-buku sastera Melayu tetapi sekarang lebih aktif di media sosial mengupas isu-isu semasa dengan kaedah
 'penceritaan maklumat' yang menarik dan mudah difahami. Bagi saya, ZRA ialah seorang intelektual yang rendah hati walaupun dia kadang-kadang dilihat sebagai seorang yang konfrontatif kerana dia lantang menyuarakan pendapat dan pandangan yang lebih holistik berdasarkan fakta. ZRA memang kaya dengan ilmu dan pengetahuan. ML Studios menggelar dia sebagai "ensiklopedia bergerak." Saya setuju!

Satu lagi hal yang menarik minat saya dengan ZRA ialah kemahiran dia berkomunikasi. Ini penting kerana memiliki ilmu sahaja tidak cukup. Ilmu jika tidak pandai untuk menyampaikannya adalah sia-sia. Menjadi seorang intelektual yang bosan tidak berfaedah untuk masyarakat. Memang tidak boleh dinafikan, selain daripada memiliki banyak pengalaman, ZRA juga banyak membaca buku. Dia pernah berkata, "Membaca buku ialah seperti gim untuk akal." Oleh kerana dia seorang pembaca buku yang efektif (malah turut menjual buku), dia memiliki cara pemikiran yang segar, mempunyai perbendaharaan kata yang luas, gaya bahasa yang menarik, boleh berdiskusi dalam pelbagai topik, dan pandai mengolah maklumat yang rumit menjadi mudah supaya sampai kepada para pendengar. Cuba dengar tuan Haji ZRA bercakap. Kamu akan menyedari bahawa ini ialah kata-kata daripada seorang yang beradab, berilmu dan berakal. Contohi orang sepert ini - dan baca buku!

#ServeToLead #LeadersAreReaders #ZRA #MembacaBuku #Berkomunikasi #LetsMakeReadingCoolAgain

To read my other book reviews/summaries, CLICK HERE

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]